Cardiff teruskan tekanan

LONDON, 11 Mac – Cardiff mengekalkan tekanan mereka untuk dinaikkan ke Liga Perdana dengan mencatat kemenangan 3-2 ke atas kelab kejuaraan yang kini bergelut, Birmingham semalam.

Pasukan kendalian Neil Warnock dalam laluan selesa untuk mencatat kemenangan keenam berturut-turut pada separuh masa pertama menerusi jaringan Nathaniel Mendez-Laing, Craig Bryson dan Callum Patterson.

Bagaimanapun, Birmingham berjaya mengurangkan defisit pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti Craig Gardner dan Maxime Colin menjaringkan gol kedua sebelum tamat perlawanan.

Tetapi Cardiff bertahan untuk memastikan mereka merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang Wolves yang dibelasah oleh Aston Villa dengan jaringan 4-1.

Dalam perlawanan itu, jaringan Villa menerusi Albert Adomah, James Chester, Lewis Grabban dan Birkir Bjarnason sekali gus mempunyai kelebihan kepada empat mata mengatasi Cardiff untuk berebut kelayakkan Liga Perdana secara automatik.

Sementara itu, Aleksandar Mitrovic meneruskan aksi mantapnya di Fulham mencetak dua gol yang menyaksikan The Cottagers menewaskan Preston 2-1. Pemain pinjaman dari Newcastle menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-69 sekali gus mengumpul tujuh gol dalam lima perlawanan dan melebarkan sayap Fulham untuk rekod 15 perlawanan tanpa kalah.

Preston menjaringkan gol penyamaan 15 minit sebelum tamat perlawanan menerusi Sean Maguire tetapi Preston tidak mampu untuk menewaskan Fulham sekali gus menyaksikan Preston tercicir empat mata dari kedudukan enam teratas. Dalam perkembangan lain, Middlesbrough telah menempah slot playoff dengan tiga kemenangan berturut-turut untuk menyingkirkan Barnsley yang kini berada dalam zon penyingkiran.

Daniel Ayala membawa Boro berada di hadapan sebelum Adama Traore dan Patrick Bamford memberikan pasukan tuan rumah dalam kedudukan selesa.

Kieffer Moore menjaringkan satu-satunya gol buat Barnsley tetapi tewas 3-1 itu menyebabkan Barnsley kekal di kedudukan tiga terbawah. – AFP