CARE kunjungi rumah orang-orang tua

CARE kunjungi rumah orang-orang tua

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 29 April – Persatuan Kelab CARE dari Sekolah St. John telah memulakan aktiviti pertamanya dengan membuat kunjungan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Pekan Seria, hari ini.

Ahli-ahli kelab meluangkan masa mereka dengan warga emas, menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu dan menyampaikan sumbangan berupa makanan dan hadiah.

Memandangkan Hari Ibu akan diraikan tidak lama lagi, ahli-ahli CARE turut membawa kek yang dipotong oleh warga emas yang menghuni  di pusat khidmat masyarakat itu.

Pada akhir lawatan, pengunjung menyampaikan ‘angpau’ kepada kakitangan dan penghuni rumah tersebut.

Pelajar dari Persatuan Kelab CARE ketika memberikan ‘ang pow’ kepada penghuni rumah tersebut.
Pelajar dari Persatuan Kelab CARE ketika memberikan ‘ang pow’ kepada penghuni rumah tersebut.

Pada masa ini, terdapat 10 orang penghuni di pusat itu, di mana mereka bergantung daripada sokongan orang ramai untuk aktiviti seharian mereka. Mengiringi rombongan itu ialah empat orang guru iaitu Annie Lee Mei Juen, Sharmila Abdullah, Shirin Chan dan Yong Min Chu.

Kelab ini mempunyai 20 orang ahli pelajar-pelajar Sekolah St John dan diselia oleh empat orang guru yang bertanggungjawab.

Ia telah ditubuhkan pada tahun ini di bawah sokongan kuat Pengetua sekolah, Dr Teh Keng Watt.

Objektif utama kelab ini adalah untuk menggalakkan dan menanam konsep masyarakat penyayang dalam kalangan ahli-ahlinya.

Selepas aktiviti pertama ini, mereka akan terus mengadakan aktiviti kebajikan di pusat komuniti lain di Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA