CARe UBD mulakan Kajian Nilai-nilai Brunei

CARe UBD mulakan Kajian Nilai-nilai Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Sebagai menyahut Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Konvokesyen UBD ke-24, Pusat Penyelidikan Lanjutan (CARe), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan menjalankan Kajian Kebangsaan Nilai-nilai Brunei bermula November ini sehingga Januari 2016.

Ia akan dijalankan di keempat-empat daerah dengan kumpulan sasaran ialah rakyat dan penduduk tetap di negara ini yang berumur 15 hingga 70 tahun.

Kajian mengenai nilai-nilai yang dianggap penting oleh masyarakat Brunei akan memberi tumpuan kepada pelbagai dimensi seperti sikap masyarakat tentang keluarga, kerja, agama, masyarakat, pendidikan, riadah, nilai budaya dan kebajikan.

Data yang terkumpul dan penemuan dalam kajian ini diharap boleh digunakan sebagai penunjuk aras yang boleh diukur dan dibandingkan dengan petunjuk yang setaraf dengan negara-negara di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA