Cari cara kembang aplikasi berita telefon mudah alih

Cari cara kembang aplikasi berita telefon mudah alih

NEW YORK, 4 Okt (AFP) – Syarikat gergasi teknikal AS beralih kepada berita dalam persaingan mereka bagi menarik pengguna telefon bimbit, dengan mengembangkan cara baru lebih cepat untuk menghantar kandungan, namun manfaat bagi saluran keluar media yang dalam persaingan, masih belum jelas.

Telefon bimbit ‘mengakibatkan begitu banyak kesesakan’ kerana ramai orang memulakan hari mereka membaca berita di telefon atau tablet, kata Cindy Krum, ketua eksekutif di MobileMoxie, perunding pemasaran telefon bimbit.

Beberapa aplikasi baru diharapkan mengambil kesempatan darinya dengan menarik minat para pembaca berita dan wang pengiklanan yang dibawanya.

Apple News, satu aplikasi termasuklah dalam sistem pengendalian telefon bimbit Apple iOS 9 yang dikemas kini telah dilancarkan bulan lalu, menghantar kandungan dari lebih 50 rakan media termasuklah New York Times, Vanity Fair dan Vogue.

Facebook melancarkan “Instant Articles” awal tahun ini dalam perkongsian dengan sebilangan pertubuhan media untuk memberikan kemudahan kepada berita 10 kali lebih cepat, menerusi infrastruktur media sosialnya, dari kepantasan kebanyakan laman sesawang berita. Dan Google dikatakan dalam persiapan sistem serupa bagi perkongsian dengan Twitter untuk membolehkan para pengguna telefon bimbit sepenuhnya memuat naik artikel ke telefon mereka dalam sekelip mata, berbanding dengan hampir 10 saat hari ini.

Perkembangan pesat produk berita memperlihatkan bagaimana telefon bimbit telah menjadi medan baru bagi syarikat-syarikat teknologi yang berusaha mengekalkan para pengguna dalam ekosistem mereka, yang mana mereka boleh mencapainya dengan lebih banyak produk, perkhidmatan dan iklan.

“Wujud persaingan besar bagi perkongsian minda,” rakyat Amerika menghabiskan purata tiga jam sehari pada peranti bergerak, berbanding kepada hanya lebih dua jam di komputer persendirian, menurut firma penyelidikan eMarketer.

Pengiklanan bergerak meningkat, perbelanjaan ngiklanan bergerak Amerika Utara dijangka melonjak kepada $61 bilion menjelang 2018 dari $19.7 bilion tahun lalu, menurut eMarketer.

ARTIKEL YANG SAMA