Cari hala tuju selepas peperiksaan

Cari hala tuju selepas peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA), hari ini, telah mengadakan Program Hala Tuju Selepas ‘O’ Level yang melibatkan semua penuntut Tahun 11 (‘O’ Level dan Program BTEC).

Program anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah itu dijalankan di dua buah tempat iaitu dewan serba guna SMSUA dan Bilik AVA.

Objektif program adalah untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal dan terkini tentang peluang-peluang kemasukan ke institusi pengajian tinggi, teknikal, institusi swasta dan dunia pekerjaan yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar selepas menerima keputusan GCE ‘O’ Level nanti.

Antara pelajar yang mengikuti Program Hala Tuju Selepas ‘O’ Level dan Program BTEC.
Antara pelajar yang mengikuti Program Hala Tuju Selepas ‘O’ Level dan Program BTEC.

Dalam program tersebut, para pelajar dikumpulkan mengikut dua kumpulan melalui analisis keputusan pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2015. Kumpulan 1 adalah bagi para pelajar yang mencapai 4 ‘O’ ke atas manakala itu, Kumpulan 2 adalah bagi para pelajar yang mencapai 3 ‘O’ ke bawah.

Antara agensi-agensi yang terlibat dalam program dan juga pameran termasuk Jabatan Sekolah-sekolah, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Akademik Marin Brunei (BMA), Politeknik Brunei, Pejabat Pengambilan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Micronet, Institut Kemuda, Livewire Brunei, Allied Health Science Profession (AHSP), Kementerian Kesihatan, Kolej IGC, Kolej Laksamana Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, dan Perkhidmatan Kejururawatan dan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA