Cari logo baru ekoran plagiat

Cari logo baru ekoran plagiat

TOKYO, 16 Sept (Agensi) – Penganjur-penganjur di Tokyo hari ini menubuhkan jawatankuasa persediaan untuk memulakan pemilihan logo baru bagi Olimpik 2020 selepas reka bentuk asal ditarik balik berhubung dakwaan plagiat.

Ryohei Miyata, presiden Universiti Kesenian Tokyo, akan mengetuai kumpulan yang akan memilih anggota Jawatankuasa Pemilihan Lambang Tokyo 2020.

Jawatankuasa itu akan memeriksa pelbagai isu yang menyelubungi penarikan balik logo sebelumnya, dan membuat formula dasar bagi pemilihan logo baru.

Logo sebelumnya menjadi penelitian jitu berikutan persamaannya dengan logo sebuah teater di Belgium.Pereka logo itu, Kenjiro Sano, pada awalnya tetap dengan pendirian logo itu adalah ciptaannya sendiri tetapi kemudian bersedia bagi penarikan balik.

ARTIKEL YANG SAMA