Cari mangsa dalam runtuhan lombong

Cari mangsa dalam runtuhan lombong

LUBUMBASHI, DR Congo, 9 Sept – Perkhidmatan penyelamat Congo menjalankan usaha pencarian hari ini ke atas mangsa yang terperangkap dalam sebuah lombong di tenggara negara itu, yang dipercayai telah meragut 13 jiwa.

Tidak ada jumlah rasmi kematian diberikan atas kemalangan itu, yang berlaku pada Isnin di lombong kobalt Mabaya di rantau Katanga yang kaya sumber, berhampiran sempadan Zambia, kira-kira 80km selatan Lubumbashi.

“Pencarian bagi mangsa yang terselamat tetap diteruskan,” menteri perlombongan wilayah, Odaz Sompo memberitahu AFP.

Lombong berkenaan merupakan salah satu lombong tidak formal di rantau perlombongan Katanga yang mana sekitar 130,000 orang telah membahayakan nyawa mereka bagi mendapatkan bahagian ke atas kekayaan mineral di negara itu.

Seorang jurnalis tempatan dan pegawai daripada kumpulan yang bekerja bersama para pelombong itu mengesahkan 13 orang maut dalam tanah runtuh pada Isnin, selepas 18 orang terkorban dalam kemalangan serupa pada minggu sebelumnya. – AFP