Cari rakan rekrut

Cari rakan rekrut

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Semangat setia kawan Askar Melayu Diraja Brunei terutama Pengambilan ke-31 Rekrut Kompeni Perkhemahan Bolkiah tetap segar sehingga ke hari ini dan untuk itu, sejumlah mereka ingin mencari dan menjejaki rakan seperjuangan mereka.

Setelah menamatkan latihan pada 21 Jun 1974, hanya 46 orang yang dapat dihubungi dan dijejaki daripada sejumlah 90 orang ahli platun pengambilan tersebut.

Sejumlah 26 lagi belum dapat dihubungi tidak termasuk mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Untuk itu, anggota kumpulan itu mahu mencari sejumlah lagi yang belum dapat dihubungi yang termasuklah, 4888 – Madi, 4891 – Ampuan Hussin, 4892 – Rahman, 4893 – Haji Abd Khan, 4894 – Pengiran Hashim, 4896 – Haji Ismail, 4902 – Masut, 4908 – Haji Salehi, 4912 – Ibrahim, 4915 – Moksin, 4917 – Tahir, 4931 – Yakub, 4932 – Ladis, 4934 – Asbi, 4940 – Pengiran Mohammad, 4942 – Abu Bakar, 4944 – Hamdan, 4947 – Pengiran Ramlee, 4948 – Abdullah, 4950 – Moksin, 4954 – Ibrahim, 4961 – Talip, 4964 – Samsu, 4968 – Jamain, 4970 – Hussin dan 4972 – Md Sazali @ Ganing.

Gambar nostalgia rekrut pengambilan ke-31.
Gambar nostalgia rekrut pengambilan ke-31.

Ahli yang tersenarai itu bolehlah menghubungi 4900 Skot Haji Kasim di talian 8654900, 4916 Skot Haji Metasim di talian 7231468, 4925 Skot Haji Mohd Jewa Marny di talian 8174925, 4926 Skot Pg Haji Jalil di talian 8152841, 4936 Skot Haji Abd Hamid di talian 8668998, 4937 Skot Haji Abdul Karim di talian 8920758 atau 4946 Skot Pengiran Haji Hidup di talian 8694946.

Antara tujuan pencarian ahli ini adalah untuk menyatukan semula rakan-rakan ini dalam majlis pertemuan semula yang bakal diadakan pada 31 Disember 2016 ini nanti. Majlis itu akan diserikan dengan bacaan Tahlil, beramah mesra dan melantik ahli jawatankuasa skot serta banyak lagi.

Salah seorang ahli pengambilan itu, Pengiran Haji Hidup bersama rakan-rakannya yang lain berharap agar dapat menyatukan kembali mereka yang tidak dapat dihubungi ini sekali gus agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Sebagai contoh, salah seorang rakan seperjuangan kami yang ketika ini sedang sakit di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan kami akan mengunjungi beliau untuk mengeratkan lagi silaturahim,” jelas Pengiran Haji Hidup lagi.