Carlin kembali aktif

Carlin kembali aktif

LOS ANGELES, 8 Mac (AFP) – Pemain ragbi, Carlin Isles melancarkan usaha menarik untuk mewakili AS dalam dua sukan yang berbeza pada satu acara sukan Olimpik selepas memutuskan untuk menghidupkan kembali kerjaya lariannya.

Isles yang dikenali sebagai ‘Lelaki Terpantas dalam Ragbi’ telah mendapatkan versi tujuh sepasukan sukan itu pada 2012 selepas kegagalan untuk menyertai pasukan Olimpik AS bagi Sukan London.

Masa terbaik peribadi pemain sayap antarabangsa AS itu, 26, bagi 100m dengan batuan angin adalah 10.12 saat dan ia adalah cukup bagus bagi separuh akhir di Olimpik London empat tahun yang lalu.

Sekarang Isles, yang pasti dipilih bagi skuad US Sevens bagi Rio de Janeiro ketika ragbi kembali ke Olimpik buat kali pertama sejak 1924, juga berharap untuk mendapatkan tempat dalam kontinjen balapan dan padang.

Aksi Isles ketika sesi bergambar untuk paparan Jawatankuasa Olimpik AS Media Summit di Beverly Hills, Los Angeles semalam. – Reuters
Aksi Isles ketika sesi bergambar untuk paparan Jawatankuasa Olimpik AS Media Summit di Beverly Hills, Los Angeles semalam. – Reuters

Isles memberitahu wartawan pada sidang media pasukan Olimpik AS semalam, dia akan berlumba pada 60m pada Kejohanan Dalam Dewan Kebangsaan AS di Portland, Oregon, hujung minggu ini sebagai sebahagian dari usaha untuk melancarkan kembali kerjaya lariannya, yang tidak menyertai siri World Rugby Seven di Vancouver yang bertembung dengan acara itu.

“Saya cuba untuk melakukan balapan dan padang dan ragbi pada Olimpik,’ kata Isles.

“Saya melakukan dalam dewan pada acara kebangsaan. Saya seharusnya pergi ke Vancouver tetapi jurulatih saya melepaskan saya, jadi saya akan pergi bagi acara kebangsaan. Saya berharap melakukan dalam 100m di Rio.”

Peluang Isles ke dalam pasukan atletik AS bagi Rio dilihat tipis, dengan pesaing utama AS bagi 100m, semuanya mencatatkan masa terbaik lebih pantas dari masa terbaik pemain sayap itu.

ARTIKEL YANG SAMA