‘Carlos’ ancam pantai Pasifik Mexico

‘Carlos’ ancam pantai Pasifik Mexico

BANDAR MEXICO, 12 Jun (AFP) – Ribut Tropika Carlos yang terbentuk di perairan Pasifik Mexico pada Rabu lepas, mengancam melanda wilayah itu dengan hujan lebat dan bertukar menjadi taufan pada hujung minggu.

Carlos mengumpul kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam dan kemudian menambah kelajuan kira-kira 370 kilometer sejam ketika membuat lingkaran di selatan Acapulco, di negeri Guerrero, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Ribut tersebut akan menurunkan hujan lebat di sepanjang negeri selatan Guerrero dan Oaxaca sepanjang tempoh dua hari akan datang, kata pusat itu.

Peta ramalan lima hari pusat tersebut menunjukkan Carlos bertukar menjadi taufan pada Sabtu tetapi tidak membuat pendaratan, sebaliknya berubah arah ke pantai.

Gambar satelit NASA menunjukkan pergerakan ribut tropika Carlos di kawasan perairan Pasifik Mexico pada Rabu dan diramalkan bertukar menjadi taufan pada hujung minggu ini.
Gambar satelit NASA menunjukkan pergerakan ribut tropika Carlos di kawasan perairan Pasifik Mexico pada Rabu dan diramalkan bertukar menjadi taufan pada hujung minggu ini.

Guerrero adalah wilayah paling teruk dilanda pada September 2013 apabila taufan kembar Ingrid dan Manuel serentak melanda semua pantai Mexico, menyebabkan 157 orang maut.

Carlos bakal menjadi taufan ketiga dalam musim ribut Pasifik, diikuti oleh Andres, yang tidak pernah membuat pendaratan, serta Blanca, yang melemah kepada ribut tropika apabila tiba di semenanjung Baja California pada Isnin.