Carragher cadang Klinsmann latih England

Carragher cadang Klinsmann latih England

United States v Argentina: Semifinal - Copa America CentenarioLONDON, 29 Jun (Agensi) – Mulai minggu depan, pegawai bola sepak England, khususnya bos FA, Martin Glenn bersama panel pemilihan jurulatihnya bakal sibuk mencari pengganti pengurus Three Lions, Roy Hodgson yang meletak jawatan.

Namun, bekas bintang England yang juga pertahanan Liverpool selama 17 tahun, Jamie Carragher, meminta panel pemilihan terdiri daripada Dan Ashworth dan David Gill melantik Jurgen Klinsmann (gambar).

“Saya secara peribadi memang mahu memilih tenaga terbaik tempatan untuk mengetuai bola sepak antarabangsa kita berbanding orang lain, tetapi kita tidak boleh merungut jika FA memilih jurulatih asing mengendalikan pasukan kita.

“Jika itu yang kita fikirkan, maka saya cadangkan FA melantik Jurgen Klinsmann yang berjaya membawa Jerman ke Piala Dunia dan Amerika Syarikat ke separuh akhir Copa, dia juga memahami bola sepak kita,” katanya yang dipetik Daily Mail.

Sebelum ini, media di Britain mengaitkan pengurus pasukan bawah 21 (B-21) England, Gareth Southgate yang dikatakan calon hangat dilantik sebagai pengurus baharu.

Pasukan B-21 England kendaliannya layak ke Kejohanan Eropah tahun lalu namun menamatkan saingan di tangga tercorot dalam kumpulan yang turut dihuni Portugal, Sweden serta Itali.

ARTIKEL YANG SAMA