Carribean alami kemarau teruk

Carribean alami kemarau teruk

SAN JUAN, Puerto Rico, 24 Jun (Agensi) – Kemarau paling teruk dalam tempoh lima tahun melanda Caribbean, yang mengakibatkan para pegawai di seluruh rantau bersiap sedia bagi musim panas yang kering kontang.

Dari Puerto Rico ke Cuba, ke St Lucia, timur pulau Caribbean, tanaman layu, takungan mengering dan lembu mati ketika pengkaji cuaca bimbang bahawa situasi hanya akan semakin teruk dalam beberapa bulan mendatang.

Disebabkan El Nino, kepanasan Pasifik tropika yang menjejaskan cuaca sejagat, dan musim puting beliung lebih sunyi dari biasa yang bermula dalam bulan Jun, para pengkaji cuaca menjangka musim lembap yang lebih pendek. Itu bermakna turunan hujan sedikit untuk membantu mengisi semula takungan Puerto Rico, La Plata dan Carraizo yang mengering dan juga sungai La Plata dalam komuniti pulau tengah, Naranjito. Gangguan tropika yang melanda wilayah AS Isnin lalu tidak mengisi takungan ini seperti yang diramalkan oleh para pegawai.

Puerto Rico adalah antara kepulauan Caribbean yang teruk terjejas oleh kekurangan air, dengan lebih 1.5 juta orang terjejas oleh kemarau setakat ini, menurut Pusat Pengurangan Kemarau Kebangsaan AS.

Berpuluh-puluh ribu orang hanya menerima air pada setiap hari ketiga di bawah pencatuan ketat yang dikenakan baru-baru ini oleh kerajaan pulau. Minggu lalu Puerto Rico juga mengaktifkan pasukan tentera Pengawal Kebangsaan untuk membantu mengagihkan air dan meluluskan resolusi untuk mengenakan denda ke atas orang ramai dan perniagaan kerana kesalahan menyalahgunakan air.

Kemarau paling teruk terakhir di Caribbean ialah pada tahun 2010. kemarau masa ini boleh semakin teruk jika musim puting beliung berakhir dalam bulan November menurunkan hujan sedikit dan rantau itu akan memasuki musim kering dengan takungan yang kering kontang, menurut Cedric Van Meerbeeck, ahli kaji iklim Institut Meteorologi dan Hidrologi Caribbean.

“Kita mungkin berdepan kekurangan serius air bagi pengairan tumbuhan, memadamkan api, penggunaan domestik atau penggunaan oleh sektor hotel,” katanya.