Carrick kekal bersama United

Carrick kekal bersama United

LONDON, 10 Jun – Pemain vete-ran Manchester United, Michael Carrick menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani perjanjian baru selama setahun dengan Manchester United, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Kontrak Carrick dijadualkan tamat pada penutup musim ini dan berdepan kemungkinan meninggalkan Old Trafford apabila Jose Mourinho dilantik menggantikan pengurus yang dipecat Louis van Gaal. Namun pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan peluang untuk berhijrah ke pasukan liga Australia, Perth Glory.

Namun Mourinho percaya Carrick boleh memainkan peranan dalam perancangannya untuk mengubah United musim depan dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru bersama kelab itu sehingga 2017.

“Michael ialah pemain tengah yang sangat bijak dan pandai membaca perlawanan. Saya gembira dia akan menyambung kontraknya,” kata Mourinho dalam kenyataan dikeluarkan United. – AFP

Michael Carrick melanjutkan kontraknya bersama Manchester United sehingga 2017. – AFP
Michael Carrick melanjutkan kontraknya bersama Manchester United sehingga 2017. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA