Carter hidap kanser otak, jalani rawatan radiasi

Carter hidap kanser otak, jalani rawatan radiasi

WASHINGTON, 21 Ogos (AFP) – Jimmy Carter, bekas presiden Amerika Syarikat yang pernah menerima anugerah Nobel Keamanan dan Kemanusiaan Sejagat, mendedahkan semalam beliau menghidap kanser otak tetapi berkata dia berasa aman dan bersyukur kerana telah menjalani kehidupan penuh.

Carter, 90 tahun, memberitahu sidang media bahawa penemuan empat tompok melanoma yang berpunca daripada prosedur ketika proses membuang ketumbuhan dari hatinya pada bulan ini.

Presiden ke 39 AS itu berkata ketika rawatannya diteruskan, berkemungkinan para doktor akan menemui kanser di tempat lain dalam badannya.

“Mereka telah melakukan pemeriksaan MRI dan mendapati bahawa terdapat empat tompok melanoma pada otak saya,” Carter memberitahu para wartawan di Atlanta. Menurutnya beliau akan memulakan rawatan radiasi tengah hari pada hari Khamis.

Melanoma lazimnya muncul dalam kulit, tetapi peratusan kecil kes adalah dalaman, kata Carter berkata para doktornya telah memaklumkannya. Ia adalah bentuk kanser sangat agresif.

Gambar fail bertarikh 22 Oktober 2012 menunjukkan bekas presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter ketika kunjungannya ke Baitulmaqdis Timur. – AFP
Gambar fail bertarikh 22 Oktober 2012 menunjukkan bekas presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter ketika kunjungannya ke Baitulmaqdis Timur. – AFP

Bekas presiden Demokratik itu nampak tenang dan bersemangat ketika dia membincangkan tentang penyakitnya. Beliau kerap tersenyum dan berseloroh dengan para wartawan dalam pelat Georgia yang masih agak tebal.

Carter, yang pernah menjadi petani kacang yang menjalani satu penggal sebagai presiden dari 1977 hingga 1981, lebih terkenal dengan kerja kemanusiaan beliau selama beberapa dekad di seluruh dunia sejak meninggalkan Rumah Putih.

Secara fizikal Carter berkata dia merasa sihat dan tidak mengalami keadaan yang lemah atau kesakitan. Menurutnya dia merancang meneruskan pengajaran di sekolah AS, berharap para doktor akan membenarkannya meneruskan rancangan untuk pergi ke Nepal dengan Habitat for Humanity. Carter berkata dia telah menerima panggilan dari Presiden Barack Obama, Bill Clinton dan kedua-dua bekas Presiden Bush.