Carter meminta sokongan NATO

Carter meminta sokongan NATO

WASHINGTON, 22 Jun (AFP) – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Ashton Carter akan mengadakan lawatannya ke Eropah minggu ini bagi meraih satu kerjasama dengan Pakatan Atlantik Utara (NATO) ekoran pencerobohan Rusia di Crimea dan Ukraine.

Lawatan tersebut terjadi apabila pegawai mengatakan aktiviti tentera di Eropah dalam keadaan terkuat dalam beberapa dekad.

“Bulan ini AS dan NATO telah mencapai tempo operasi tertinggi dalam latihan sejak Perang Dingin,” menurut Pegawai Pertahanan AS Jumaat lalu.

Pegawai AS berkata lawatan Carter adalah satu peluang untuk “mengakui” bagaimana ahli negara NATO bertindak balas ke atas tindakan Rusia di rantau berkenaan dan juga untuk membincangkan “apa yang kami perlu terus lakukan.”

Carter dijangkakan akan pergi ke Jerman hari ini dan ke Talinn, Estonia esok sebelum bergerak ke Belgium, di mana dia akan menghadiri mesyuarat menteri-menteri pertahanan NATO, ini merupakan kali pertama sejak mengambil alih ketua Pentagon pada Februari lalu.

Ashton Carter (kiri) bersama Menteri Pertahanan Jerman Ursula von der Leyen dalam lawatannya ke Berlin hari ini. – AFP
Ashton Carter (kiri) bersama Menteri Pertahanan Jerman Ursula von der Leyen dalam lawatannya ke Berlin hari ini. – AFP

Sementara di Talinn, Carter akan berjumpa dengan menteri-menteri pertahanan dari negara-negara Baltik iaitu Estonia, Latvia dan Lithuania, ujar pihak Pentagon, dua antaranya bersempadan dengan Rusia.

Ketiga-tiga negara telah mengeluarkan panggilan untuk kehadiran kekal tentera NATO di wilayah mereka.

Tetapi negara-negara NATO enggan memberikan permintaan itu, mengerahkan tentera boleh menggugat akta asasnya, ditandatangani dengan bekas komunis Rusia, untuk membina “keamanan berkekalan dan menyeluruh.”