Carter tingkat usaha perangi IS

Carter tingkat usaha perangi IS

BAGHDAD, 16 Dis (Reuters) – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ash Carter hari ini berharap untuk berunding bersama para pegawai Iraq mengenai tawaran Washington berhubung serangan helikopter dan penasihat untuk membantu mengambil semula bandar Ramadi sebagai memperkukuhkan peperangan menentang kumpulan Islamic State (IS).

Carter berkata dia juga akan bercakap dengan komander AS semasa lawatannya ke Baghdad untuk memahami medan pertempuran dan ‘pemikiran mereka tentang cara yang kami boleh terus untuk memacu kempen bagi menewaskan ISIL’.

IS yang juga dikenali sebagai ISIS atau ISIL, adalah kumpulan Islam berhaluan tegas yang mengawal sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq dan sudah wujud di negara-negara Arab lain seperti Mesir dan Libya.

Terdapat tanda memuncak usaha Amerika Syarikat untuk mempertingkatkan kempen ketenteraan menentang militan, yang telah membunuh ribuan orang di Iraq dan Syria dan mendakwa bertanggungjawab bagi serangan di Barat, termasuk serangan di Paris yang membunuh 130 orang pada November.

Kejatuhan Ramadi, bandar wilayah Anbar, kepada IS pada Mei adalah kekalahan terbesar bagi kelemahan kerajaan tengah Iraq pada hampir setahun, menghambat harapannya untuk menghapuskan kumpulan itu dari utara dan barat negara berkenaan.

Bulan ini, Amerika Syarikat mengumumkan rancangan untuk mengerahkan pasukan tentera elit Amerika ke Iraq untuk menjalankan serangan ke atas IS di sana dan negara jiran, Syria.

Amerika Syarikat mengatakan ia bersedia untuk menghantar penasihat dan helikopter serangan bagi membantu Iraq mengambil semula Ramadi, barat Baghdad. Amerika Syarikat kini memiliki sekitar 3,500 tentera di Iraq.

Carter mengatakan beliau merancang untuk membincangkan tawaran itu bersama para pegawai Iraq termasuk Perdana Menteri Hadier al-Abadi.