‘Cash Bash’ meriahkan hari terakhir Karnival DST

‘Cash Bash’ meriahkan hari terakhir Karnival DST

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Pengiran Saharuddin dan Dayang Noriah Saini yang diwakili suaminya pulang bersama kereta baru apabila kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang bertuah bagi promosi DST Ekstravaganza ‘Cash Bash’ pada hari terakhir Karnival DST di Dewan BRIDEX Jerudong, hari ini.

Pengiran Saharuddin memandu pulang Hyundai Accent apabila beliau berjaya menghidupkan enjin kereta berkenaan, sementara itu, Dayang Noriah Saini pula terpaksa membuat cubaan kali kedua sebelum kereta Hyundai i10 benar-benar menjadi miliknya.

Seramai 40 orang finalis bertuah menerima hadiah masing-masing dalam cabutan undi bertuah utama bagi kedua-dua produk utama DST iaitu Prima dan Easi yang berjaya meneruskan penggunaan melebihi $60 bagi Prima dan $40 bagi Easi.

Daripada finalis berkenaan, 28 menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai, Mifi LTE 4G dan Pek permulaan Jalur Lebar 4G DST, manakala 12 lagi membawa pulang iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, wang tunai, Produk DST, Mifi LTE 4G dan Pek permulaan Jalur Lebar 4G DST.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah utama kepada barisan pemenang pada majlis itu ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin POKSSDP Haji Mohd Yusof serta ketua pegawai eksekutif DST dan timbalan ketua pegawai eksekutif DST.

Ketua Pegawai Eksekutif DST menyampaikan hadiah. - Gambar oleh Muiz Matdani
Ketua Pegawai Eksekutif DST menyampaikan hadiah. – Gambar oleh Muiz Matdani
Gambar ramai 40 orang finalis bersama tetamu kehormat majlis.
Gambar ramai 40 orang finalis bersama tetamu kehormat majlis.
Pemenang bagi bahagian Prima.
Pemenang bagi bahagian Prima.

ARTIKEL YANG SAMA