Catalonia berdepan ketegangan

BARCELONA, 23 Okt – Pemisah Catalonia menimbang pilihan mereka semalam sebelum satu minggu yang akan melihat Sepanyol mengambil langkah drastik memecat kerajaan rantau serta mengadakan pilihan raya baru dan menghalang negara daripada berpecah.

Pemimpin Catalonia Carles Puigdemont dan eksekutif serantaunya akan disingkirkan, dengan Madrid mengambil alih kementerian di bawah langkah baru yang diumumkan pada Sabtu oleh Perdana Menteri Mariano Rajoy.

“Semalam terdapat rampasan terhadap institusi Catalonia,” kata jurucakap kerajan Catalan, Jordi Turull.

Parti Catalan dijangka bertemu hari ini untuk menganjur satu perhimpunan penuh parlimen serantau untuk memperdebat langkah seterusnya, satu sesi yang berpotensi memberikan pemisah pemerintah satu lagi peluang untuk mengisytiharkan kemerdekaan satu hala, yang telah diugut akan dilakukan oleh mereka sejak referendum mengenai isu tersebut pada 1 Oktober.

Ketika hampir setengah juta pemisah marah membanjiri jalan raya di ibu negara serantau Barcelona pada Sabtu, Puigdemont mengisytiharkan Rajoy bersalah “melakukan serangan paling teruk ke atas institusi dan rakyat Catalonia” sejak pemerintahan diktator Francisco Franco.

Presiden parlimen Catalan, Carme Forcadell, duduk bersama wakil parlimen untuk membincangkan langkah seterusnya mereka selepas kerajaan Sepanyol mengumumkan rancangan untuk menghapuskan ahli-ahli kerajaan pro-kemerdekaan di rantau Catalonia, di Barcelona, Sepanyol pada 23 Oktober 2017. – AP

Di antara langkah lain, Franco – yang memerintah dari 1939 sehingga 1975 – merampas kuasa Catalonia dan mengharam penggunaan rasmi bahasa Catalan.

Walaupun rakyat Catalonia amat berbelah bahagi mengenai sama ada berpisah daripada Sepanyol, autonomi masih merupakan isu sensitif di timur laut rantau yang mempunyai 7.5 juta penduduk. Catalonia mempertahankan bahasa dan kebudayaannya dan sebelum ini telah mengawal dasarnya, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Kerajaan Sepanyol berkata ia tidak mempunyai pilihan kecuali menggunakan kuasa perlembagaan untuk merampas kawalan ke atas rantau, berdepan dengan krisis politik paling teruk dalam beberapa dekad.

“Apa yang kami lakukan adalah mematuhi peruntukan perlembagaan kami,” beritahu Menteri Luar Alfonso Dastis kepada televisyen BBC.

Menjawab tuduhan ‘rampasan,’ beliau berkata: “Jika terdapatnya rampasan, ia adalah satu yang telah disusuli oleh Puigdemont dan kerajaannya.” – AFP