Catat lebihan akaun semasa tertinggi

Catat lebihan akaun semasa tertinggi

SEOUL, 3 Ogos (AFP) – Korea Selatan hari ini mencatatkan lebihan akaun semasa tertinggi bagi tempoh separuh pertama tahun ini, ketika kejatuhan harga minyak telah membantu mengimbangi impak dari eksport yang mengecut.

Akaun semasa – langkah paling luas perdagangan asing dalam barangan dan perkhidmatan – menunjukkan lebihan yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu pada AS$52.4 bilion dalam tempoh enam bulan hingga Jun, menurut data dari Bank Pusat Korea.

Lebihan bagi Jun juga mencatatkan rekod tinggi bulanan AS$12.2 bilion.

Data menunjukkan kejatuhan harga minyak yang mencatatkan tahap rendah bertahun-tahun sejak lewat tahun lalu yang membantu mengurangkan nilai import, meluaskan lebihan akaun semasa di sebalik eksport berkurangan.

Akaun eksport bagi lebih separuh ekonomi keempat terbesar Asia ini, yang mengimport kebanyakan keperluan tenaganya dari luar negara.

Seorang penjaja penuh sabar menunggu pelanggan di sebuah pasar di Seoul pada 3 Ogos 2015. – AFP
Seorang penjaja penuh sabar menunggu pelanggan di sebuah pasar di Seoul pada 3 Ogos 2015. – AFP

Nilai import dari Januari hingga Jun ialah pada AS$218.8 bilion, menurun 18.3 peratus dari tahun lalu, dengan nilai import minyak mentah jatuh lebih 40 peratus.

Pengimportan produk petrokimia juga menurun 50 peratus dari setahun lalu. Bagi bulan Jun sahaja, nilai import jatuh 17.3 peratus kepada AS$36.1 bilion.

Nilai eksport sementara itu jatuh kepada AS$270 bilion bagi Januari hingga Julai, turun 10.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penghantaran eksport utama negara ke luar negara, seperti kereta dan produk elektronik jatuh enam peratus dan 23.6 peratus bagi kali ketiga tahun ini, dari pertumbuhan 3.1 peratus kepada 2.8 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA