Catat terjunan bersejarah

Catat terjunan bersejarah

LOS ANGELES, 31 Julai – Seorang penerjun udara yang melakukan lebih 18,000 terjunan telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama melakukan terjunan tanpa payung terjun dan sebaliknya mendarat pula dalam jaring.

Selepas jatuh bebas selama dua minit, Luke Aikins mendarat tepat dalam jaring berukuran 100 x 100 kaki semalam di ladang ternak Big Sky di pinggir Lembah Simi.

Ketika tepuk sorak, Aikins segera memanjat keluar dan kemudian berjalan ke arah isteri-nya, Monica lalu memeluknya.

Isterinya telah melihat dari darat bersama anak lelaki mereka berusia 4 tahun, Logan dan anggota keluarga lain.

“Saya hampir terapung-apung, sukar dipercayai,” kata penerjun udara yang sangat gembira, sambil mengangkat tangannya di atas kepalanya, ketika isterinya memegang anak lelaki.

Imej yang diambil dari video yang disalurkan oleh Mondelez International menunjukkan Luke Aikins dalam jaring selepas berjaya melakukan terjunan tanpa payung terjun di Lembah Simi, California, pada 30 Julai. – AP
Imej yang diambil dari video yang disalurkan oleh Mondelez International menunjukkan Luke Aikins dalam jaring selepas berjaya melakukan terjunan tanpa payung terjun di Lembah Simi, California, pada 30 Julai. – AP

“Perkara ini baru berlaku! Saya tidak terkata,” tambahnya ketika dia berterima kasih kepada berbelas-belas anggota kru yang telah selama dua tahun membantunya membuat persediaan bagi penerjunan, termasuklah mereka yang memasang jaring seperti pukat tunda dan memastikan ia benar-benar berfungsi.

Lagak ngeri itu, yang disiarkan langsung di rangkaian Fox bagi rancangan istimewa TV “Stride Gum Presents Heavan Sent” hampir tidak berlaku seperti yang dirancang apabila Aikins mendedahkan sebelum menaiki pesawat kapal terbangnya bahawa Screen Actors Guild telah mengarahkannya memakai terjun payung untuk memastikan keselamatannya.

Aikins tidak mengatakan apa yang mengakibatkan pengetatan asal dan wakil bagi rancangan tu dan Screen Actors Guild tidak segera memberi respons kepada panggilan telefon dan mesej e-mel.

Aikins berkata dia menimbangkan untuk menarik diri kerana adanya kanister payung terjun di belakangnya akan membuatkan pendaratannya dalam jaring jauh lebih berbahaya. Jika dia terpaksa memakai-nya, menurutnya dia tidak akan membuka payung terjun juga.

“Saya akan mendarat ke dalam jaring, tiada perlu dipersoalkan lagi,” katanya dari kapal terbang.

“Saya hanya perlu menangani kesan apabila saya mendarat dengan memakai payung terjun di belakang saya dan apakah kesannya pada badan saya.”

“Beberapa minit sebelum melakukan penerjunan salah seorang hos rancangan berkata keperluan itu telah ditarik balik. Aikins meninggalkan kapal terbang tanpa payung terjun.

Dia terjun bersama tiga penerjun yang lain, masing-masing memakai payung terjun. Seorang memegang kamera, yang lain memberi isyarat asap oleh itu orang di darat dapat mengesannya dan yang ketiga mengambil kanister oksigen yang diserahkannya setelah mereka berada pada altitud di mana ia tidak diperlukan lagi. – AP