Catatan Gatlin cetus amaran

Catatan Gatlin cetus amaran

EUGENE, AS, 29 Jun (AFP) – Pelari pecut kontroversi Justin Gatlin memberikan tanda amaran dalam Kejohanan Dunia semalam apabila berjaya memenangi acara 200m di kejohanan olahraga AS dengan catatan masa 19.57saat.

“Saya mahu keluar dan membuat kenyataan dan itulah apa yang saya lakukan,” kata Gatlin selepas kerjaya terbaik dengan memperbaiki catatan masanya daripada 19.68 di litar Hayward Field di Eugene Diamond League Mei lalu.

Pelari pecut berusia 33 tahun itu yang melengkapkan penggantungan dadah selama empat tahun bermula 2010, sekarang adalah lelaki kelima terpantas sepanjang masa dalam acara itu di belakang Usain Bolt – yang memegang rekod dunia 19.19 – Yohan Blake, Michael Johnson dan Walter Dix.

Dengan penguasaannya musim ini – dia juga mencatatkan masa terpantasnya tahun ini dengan 9.74saat – yang dicatatkannya dalam persaingan bersama Bolt dalam acara 100m dan 200m pada Kejohanan Dunia di Beijing yang akan diadakan pada 22-30 Ogos.

“Saya menyatakan 100m kerana ia datang lebih dahulu,” kata Gatlin mengenai harapan gelaran dunia terbaiknya. “Tetapi saya akan memberikan semua usaha saya bagi memenangi kedua-duanya.

Justin Gatlin ketika memenangi acara 200m di kejohanan olahraga AS dengan catatan masa 19.57saat, semalam. – AFP
Justin Gatlin ketika memenangi acara 200m di kejohanan olahraga AS dengan catatan masa 19.57saat, semalam. – AFP

“Ramai orang berusaha untuk Kejohanan Dunia. Saya mahu mengekalkannya,” tambah Gatlin yang bermula dengan baik di depan sehingga sampai ke garisan penamat.

“Saya tahu saya bermula dengan bagus, garang sebaik bermula dan berlari dengan hebat sebanyak 150,” kata Gatlin yang menggelarnya sebagai acara 200 meter yang paling sukar dilaluinya.

Rakan latihannya, Isiah Young selesai di tangga kedua dengan catatan masa 19.93saat dan veteran Wallace Spearmon selesai di tempat ketiga dengan catatan masa 20.10saat.

Walaupun dia mendominasi pecutan dunia tahun ini, Gatlin mendapati pelanggaran dadahnya pada masa lalu menjadi tumpuan, begitu juga dengan rakan sepasukan AS Tyson Gay – yang menempah tempat ke Beijing dengan kemenangan 100m Sabtu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA