Catatan masa Paralimpik lebih baik

Catatan masa Paralimpik lebih baik

LONDON, 13 Sept – Atlet paralimpik dari Algeria, Abdellatif Baka, memenangi acara 1,500 meter T13 (masalah penglihatan), dengan catatan masa 3 minit 48.29 saat, mengatasi masa yang dicatat oleh pemenang emas Olimpik, bulan lepas.

Bukan sahaja Abdellatif, pemenang tempat kedua hingga keempat acara itu juga mencatatkan masa yang lebih baik daripada pemenang emas di Olimpik Rio dari Amerika Syarikat, Matthew Centrowitz (3:50.00s).

Abdellatif mencipta rekod dunia baharu dengan catatan masa 1.7 saat lebih pantas daripada Centrowitz.

Tamiru Demisse dari Ethiopia, meraih pingat perak dengan catatan 3:48.49s, manakala atlet Kenya, Henry Kirwa, melintasi garisan penamat di kedudukan ketiga (3:49.59s).

Atlet yang menamatkan larian di kedudukan keempat, Fouad Baka, yang juga kembar Abdellatif, mencatat masa 3:49.84s .

Atlet-atlet Paralimpik yang mencatatkan masa lebih baik berbanding para pemenang Olimpik Rio pada acara larian 1,500 meter. – AP
Atlet-atlet Paralimpik yang mencatatkan masa lebih baik berbanding para pemenang Olimpik Rio pada acara larian 1,500 meter. – AP

“Bukan mudah untuk mendapatkan pingat emas ini. Saya sudah berusaha gigih dalam tempoh setahun hingga dua tahun ini dan ia sangat sukar buat saya,” kata Abddellatif.

Dalam acara 1,500m di Olimpik Rio, pemenang pingat emas Matthew Centrowitz Jr. (Amerika Syarikat) mencatat masa 3:50.00s; pingat perak – Taoufik Makhloufi (Algeria), mencatat masa 3:50.11s; pemenang gangsa, Nick Willis (New Zealand) mencatat masa 3:50.24s.

Sementara keputusan acara 1,500m di Paralimpik Rio, pemenang pingat emas, Abdellatif Baka (Algeria), mencatat masa 3:48.29; pemenang perak, Tamiru Demisse (Ethiopia) mencatat masa 3:48.49s; pemenang pingat gangsa, Henry Kirwa (Kenya) mencatat masa 3:49.59s dan tempat keempat, Fouad Baka (Algeria) mencatat masa 3:49.84s. – AP