Cavalier mara peringkat akhir

Cavalier mara peringkat akhir

CLEVELAND, Amerika Syarikat, 28 Mei (Reuters) – Lebron James menempah kedudukannya di kejohanan akhir NBA untuk kali kelima berturut-turut setelah kumpulan Cleveland Cavaliers berjaya mengalahkan Atlanta Hawks 118-88 pada Selasa melengkapkan kemenangan siri 4-0 bagi Eastern Conference Akhir.

James berjaya memperoleh 23 mata dalam perlawanan tersebut dan membawa pasukannya ke peringkat akhir NBA buat pertama kali sejak 2007, yang mana mereka akan berdepan sama ada pasukan Golden State Warriors atau Houstan Rockets.

Bagi James yang telah kembali ke kumpulan Cavaliers setelah empat musim bersama kumpulan Miami Heat, ia adalah pusingan akhir NBA kali kelima berturut-turut dan keenam secara keseluruhan.

Di samping 23 mata yang diperoleh, James juga melakukan sembilan rebounds dan tujuh assist, melakukan hampir kesemua jaringannya di suku masa pertama membawa kumpulannya jauh meninggalkan pihak lawan dengan mata 59-42 menjelang separuh masa pertama.

Cavaliers bergambar ramai setelah menang perlawanan akhir peringkat timur.
Cavaliers bergambar ramai setelah menang perlawanan akhir peringkat timur.

Cavaliers memperkukuhkan lagi kedudukan dengan kepulangan pemain point guard Kyrie Irving, yang telah terlepas dua perlawanan sebelumnya akibat kecederaan lutut. Irving bermain selama 22 minit dan menjaringkan 16 mata.

Bagi kumpulan Hawks, yang mengakhiri kejohanan musim regular di tangga teratas bahagian Timur, mengakhiri perlawanan tersebut dengan pemain point guard Jeff Teague yang memimpin pasukannya dengan jaringan 17 mata, manakala pemain depan Paul Milsap mengaut 16 mata dan 10 rebounds.

ARTIKEL YANG SAMA