Cavaliers beraksi di final tewaskan Hawk

Cavaliers beraksi di final tewaskan Hawk

LOS ANGELES, 9 Mei (AFP) – Cleveland Cavaliers menempah tiket ke perlawanan akhir NBA Eastern Conference semalam, dengan berjaya mengekang pasukan Hawks 100-99 di Atlanta untuk melengkapkan penguasaan siri playoff pusingan kedua.

Kevin Love mencatatkan 27 mata dan mencatatkan mata tertinggi dengan lapan three-pointer bagi membantu Cleveland untuk melengkapkan kemenangan 4-0.

Pasukan Cavs, yang tewas kepada Golden State Warriors dalam persaingan akhir NBA tahun lepas akan beraksi menentang sama ada Toronto atau Miami bagi peluang untuk kembali ke siri kejuaraan.

Kyrie Irving menjaringkan 21 mata dan menyerahkan lapan asis. James menambah 21 mata, 10 rebounds dan sembilan asis dan hadir dengan pertahanan besar ke atas posisi terakhir Atlanta.

Pasukan Cavaliers mendahului 100-99 dengan perlawanan berbaki 10saat apabila James mengekang pemain pengawal Atlanta dari Jerman, Dennis Schroder dengan meluru ke dalam.

LeBron James (23) ketika beraksi memasukan bola pada perlawanan menentang Pasukan Atlanta Hawks dalam separuh masa kedua Permainan 4 pusingan kedua di Atlanta semalam. Cavaliers berjaya menewaskan Hawks dengan kiraan 100-99. – AP
LeBron James (23) ketika beraksi memasukan bola pada perlawanan menentang Pasukan Atlanta Hawks dalam separuh masa kedua Permainan 4 pusingan kedua di Atlanta semalam. Cavaliers berjaya menewaskan Hawks dengan kiraan 100-99. – AP

James mendapatkan lompatan ketika Cleveland bertahan untuk kemenangan.

Sekali lagi Cleveland bersemangat dari jarak tiga mata. Mereka mencatatkan 16 three pointer semalam, 10 pada separuh masa pertama, mengumpulkan jumlah jaringan bagi tiga perlawanan terakhir dalam siri itu kepada 62.

Jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue berkata pasukan itu berada dalam kedudukan yang menarik sekarang.

“Tiga atau empat minggu lalu musim ini, kami mula beraksi dengan baik di gelanggang, dan diteruskan,’ katanya. ‘Pasukan beraksi dengan baik sekarang.”

ARTIKEL YANG SAMA