Cavaliers juara NBA Finals

Cavaliers juara NBA Finals

OAKLAND, California, 20 Jun (AP) – LeBron James dan pasukan Cavaliers menghasilkan kebangkitan yang menarik dalam NBA Finals, memberikan Cleveland gelaran setelah sekian lama.

James memenuhi janji dari dua tahun lalu untuk membawa kejuaraan itu ke timur laut Ohio dan dia bersama pasukan Cavs menjadi pasukan yang pertama untuk bangkit dari defisit 3-1 dengan menewaskan juara bertahan Golden State Warriors 93-89 awal pagi tadi waktu Brunei bagi menamatkan kemarau kejohanan sukan itu dalam tempoh 52 tahun di Cleveland.

James hampir berseorangan membawa pasukan Cavs kembali ke dalam siri itu dan menamatkan dengan 27 mata, 11 asis dan 11 rebounds ketika pasukan Cavs memenangi kejohanan pertama mereka dalam sejarah francais dan memberikan bandar itu kemenangan pertama dalam sukan itu sejak Browns memenangi gelaran NFL pada 1964.

James yang berada dalam keadaan emosi berlutut apabila perlawanan berakhir dengan kemenangan kedua dalam tempoh enam hari ke atas Golden State yang beraksi di gelanggang sendiri, yang dikelilingi oleh rakan sepasukannya. Hanya beberapa saat sebelumnya, dia berada dalam kesakitan dengan perlawanan hanya berbaki 10.6 saat selepas dikasari oleh Draymond Green ketika melakukan dunk, kemudian kembali untuk menghasilkan dua lontaran bebas.

LeBron James meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya. – AFP
LeBron James meraikan kemenangan bersama rakan sepasukannya. – AFP

Kyrie Irving menjaringkan 26 mata untuk melengkapkan persaingan akhirnya, termasuk 3 pointer ke atas Stephen Curry dengan perlawanan berbaki 53 saat.

Curry duduk di atas bangku simpanan untuk berehat selepas Warriors mencatatkan mata terakhir mereka dengan perlawanan berbaki 4:39.

Green mencatatkan 32 mata, 15 rebounds dan sembilan asis, tetapi musim ini Warriors tidak pulang dengan tangan kosong apabila jurulatihnya Steve Kerr dinamakan Jurulatih Terbaik dan Stephen Curry memenangi MVP keduanya serta kemenangan 73 perlawanan berturut-turut untuk memecahkan rekod Chicago Bulls musim 1995-96.

Mereka mungkin selalu dikenang sebagai salah sebuah pasukan terbaik yang tidak dapat diekori.

ARTIKEL YANG SAMA