Cavaliers kembali di depan

Cavaliers kembali di depan

LOS ANGELES, 26 Mei – Kevin Love menjaringkan 25 mata malam semalam dan Cleveland Cavaliers kembali bangkit untuk menyingkirkan Toronto Raptors 116-78 dan mendahului 3-2 dalam persaingan Eastern Conference.

Cleveland boleh menamatkan siri best-of-seven itu dalam Game 6 esok di Toronto dan menempah tempat dalam Final bagi tahun kedua berturut-turut.

Love tidak beraksi dalam dua perlawanan terakhir di Toronto, mencatatkan perkadaran 6.5 mata dengan hanya 5 dari 24 jaringan.

Bagaimanapun, dia menemui kembali sasarannya, memperoleh 8 dari 10 dan 3 dari 4 dari belakang lingkungan dalam masa 24 minit.

Pasukan Raptors berada dalam momentum selepas memenangi dua perlawanan terakhir dan menguasai siri. Tetapi pasukan Cavs dengan segera mengetepikannya, menguasai kembali di Quciken Loans Arena.

Lebron James (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. - AP
Lebron James (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AP

Pasukan Cavaliers menguasai suku pertama dan mendahului dengan 34 mata sebelum menguasai 65-34 dalam bilik persalinan, kejayaan terbesar dalam persaingan conference bagi sejarah playoff.

Love menerajui dengan 19 mata sementara James dan Irving masing-masing menambah 12 mata.

Pasukan Cavs menggunakan 11-0 dan 15-2 itu untuk mendahului 37-19 selepas pembukaan suku pertama di belakang mata Love.

Cleveland membuka 65-31 menerusi tiga jaringan Love dengan perlawanan berbaki 90 saat pada suku kedua untuk menggembirakan penonton.

Penguasaan itu berterusan pada separuh masa kedua ketika pasukan Cav melengkapkan kejayaan. – dpa