Cavaliers kembali mengganas

Cavaliers kembali mengganas

CLEVELAND, 9 Jun – Kekentalan tugasan pertahanan dan serangan jaringan agresif yang diinspirasikan oleh LeBron James membolehkan Cleveland Cavaliers kembali ke NBA Finals sebentar tadi dengan menewaskan juara bertahan Golden State 120-90.

James menjaringkan 32 mata, mencatatkan 11 rebounds dan menambah enam asis sementara Kyrie Irving menjaringkan 30 mata, 16 pada suku pertama, dan lapan asis selepas menghasilkan hanya 10 mata dalam kekalahan 110-77 pada game kedua.

“Rakan sepasukan memastikan saya untuk terus berjuang. Mereka memberitahu saya untuk menjadi agresif dan ia apa yang saya lakukan,” kata James. “Ia adalah kemenangan pasukan yang kolektif”.

Tetapi Irving menyatakan betapa emosinya James memberitahu rakan sepasukannya dalam menghimpunkan pada pra perlawanan untuk “mengikuti gerak saya,” dan ia memberikan semangat kepada Cavaliers, yang menjaringkan sembilan mata pertama, mendahului 19-4 dan 33-14 dan tidak pernah mengekori dalam kesukaran.

“Ketua kami melihat kami dan memberitahu kami, “Mari pergi berperang,” kata Irving. “Hanya perlu menyedari apa yang akan berlaku, berada di luar sana dan berjuang, memahami bahawa kita diterajui oleh seorang pemain yang hebat.”

LeBron James ketika membuat jaringan di bakul Golden State Warriors. – AFP
LeBron James ketika membuat jaringan di bakul Golden State Warriors. – AFP

Biarpun tewas, Warriors masih mendahului 2-1 dalam siri best-of-seven dengan perlawanan keempat lusa di Cleveland dan perlawanan kelima kembali di Oakland pada Isnin depan.

“Mereka keluar dan beraksi seperti sebuah pasukan dengan merasakan tekanan, seperti musim mereka dipertaruhkan. Dan kami keluar dan beraksi dengan segalanya,” kata Draymond Green dari Golden State. “Kami menguasai. Kami tidak dibuli.”

Hanya tiga pasukan dalam 69 sebelum NBA Finals bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk memenangi gelaran, tetapi tiada pasukan mengekori 3-0 pernah memenangi siri playoff NBA.

“Kami belum bersedia untuk beraksi,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Mereka terus menyerang kami pada awal perlawanan. Kami menukar bola. Kami begitu lembut pada awal perlawanan. Hanya cara yang teruk untuk memulakan perlawanan.”

Beraksi tanpa pemain penyerang Kevin Love, direhatkan kerana gegaran otak yang dialami dalam perlawanan kedua, Cavaliers memberikan tumpuan kepada James untuk berada di depan dan menggunakan tekanan untuk mencetuskan jaringan.

“Kami begitu defensif dalam pertahanan dan begitu agresif menyerang bakul, mempermainkan mainan yang mantap,” kata jurulatih Cavaliers Tyronn Lue. “Itulah cara kami bermain.”

Belum pernah dalam sejarah NBA Finals pasukan yang menang 30 atau lebih untuk tewas pada perlawanan seterusnya dengan mata 30 atau lebih, tapi itulah yang berlaku kepada Warriors.

“Jika anda leka dan pasukan sebelah dalam keadaan berang, jadi perkara sebegini begitu mudah berlaku,” ujar Kerr. – AFP