Cavaliers manfaatkan hari rehat tambahan

Cavaliers manfaatkan hari rehat tambahan

CLEVELAND, 16 Jun (AFP) – Satu hari rehat tambahan di antara perjalanan dan permainan dalam NBA Finals tahun ini amat dialu-alukan oleh Cleveland Cavaliers, namun tidak bagi Golden State Warriors.

Perubahan itu dibuat bagi memastikan para pemain berada pada tahap terbaik mereka apabila bertanding bagi trofi kejohanan itu selepas perlawanan akhir tahun lepas, apabila bintang Cleveland LeBron James kepenatan selepas usaha-usaha epik menentang pasukan juara Warriors.

Tahun ini, Kyrie Irving dan Kevin Love dalam keadaan sihat berbanding tahun lepas apabila tidak dimainkan akibat kecederaan, dan tiada siapa pun merungut mengenai rehat yang singkat ketika kualiti permainan di tahap yang tinggi.

“Satu hari di antara telah membebankan kita semua,” ujar James. “Ia memberikan manfaat kepada kita semua untuk mendapat satu hari yang lebih dan bersedia dengan sebaik mungkin sebelum perlawanan seterusnya.”

Hari rehat tambahan mungkin pasti telah membantu Pemain Paling Berharga NBA empat kali itu dan rakan sepasukan Kyrie Irving pada Isnin lepas apabila mereka masing-masing menjaringkan 41 mata dalam kemenangan 112-97, memaksa bagi perlawanan Game 6 dalam siri tujuh perlawanan yang akan diteruskan pagi esok waktu Brunei di Cleveland.

“Ia pasti begitu bermanfaat buat saya,” ujar Irving. “Perjalanan udara empat jam setengah dari pinggir barat dan mendapat penyelarasan masa, ia boleh menjejaskan badan anda. Namun saya begitu suka hari tambahan, di mana akan dimanfaatkan untuk memperbaiki permainan dan mendapatkan rawatan yang diperlukan bagi persediaan perlawanan itu.

“Saya tahu akan NBA, dan saya tahu para penyokong ingin melihat kami dalam aksi terbaik kami dan hari tambahan itu begitu bermanfaat.”