Cavaliers menang bergaya

Cavaliers menang bergaya

AMERIKA SYARIKAT, 13 Jan (AFP) – Kyrie Irving melakukan jaringan three pointer 13 saat sebelum masa tamat sewaktu waktu tambahan untuk memastikan kemenangan kelapan berturut-turut Cleveland Cavaliers, 110-107 ke atas Dallas Mavericks yang diadakan di Pusat Penerbangan Amerika hari ini.

Deron Williams tersalah anggap bahawa dia melakukan kesalahan faul terhadap pemain forward LeBron James, yang kemudian membuat hantaran cantik kepada Irving bagi menyudahkan jaringan masuk ke jaring Mavericks.

Cavalier bagaimanapun tidak melepasi 40 peratus dari gelanggang sehingga tambahan masa, melakukan 44 cubaan three pointer dan sepanjang perlawanan Kevin Love begitu sukar untuk menemui jaring.

James menghabisi perlawanan itu dengan rekod 27 mata selepas hanya mengambil tiga lontaran pada suku keempat.

Sementara itu dalam perlawanan lain, Houston Rockets menang 107-91 ke atas Memphis Grizzlies, James Harden membuat jaringan 25 mata dan Terrence Jones menambah 20 mata lagi untuk membawa Houston kepada kemenangan keempat berturut-turut.

Kyrie Irving (kiri) dalam salah satu aksinya di perlawanan tersebut. – Reuters
Kyrie Irving (kiri) dalam salah satu aksinya di perlawanan tersebut. – Reuters

Pasukan Rocket berhasil melakukan 18 three pointer, termasuk empat daripada Harden, dan menikmati kemenangan bagi mematahkan kekalahan berturut-turut mereka terhadap Memphis Grizzlies.

Oklahoma City Thunder pula beraksi cemerlang apabila menewaskan Minnesota Timberwolves 101-96.

Russell Westbrook terlepas untuk mencatat satu lagi triple double dengan hanya mencatat 22 mata, 11 assist dan tujuh rebound, dan Oklahoma City di saat akhir menewaskan Minnesota.

Kevin Durant menjaringkan 28 mata buat Oklahoma City, termasuk 12 pada suku keempat apabila Minnesota cuba untuk menyamai.

Andrew Wiggins pula menjaringkan 22 mata buat Minnesota, yang telah tewas 11 dari 12 perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA