Cavaliers mudah atasi Phoenix Suns

Cavaliers mudah atasi Phoenix Suns

CLEVELAND, 28 Jan – LeBron James mencatatkan 21 mata dan sembilan asis dan pemain penyerang Kevin Love menghasilkan 21 mata dan 11 rebound dalam kemenangan Cleveland Cavaliers 115-93 ke atas Phoenix Suns.

Pemain guard, Devin Booker mencatatkan 16 mata bagi Suns, yang tewas dalam 12 perlawanan mereka dan 16 dari 18 perlawanan mereka pada keseluruhannya.

Pasukan Cavs mencatatkan 12 mata pertama pada suku ketiga untuk membolehkan perlawanan terbuka.

The Suns melakukan perubahan dengan empat dari lima posis pertama mereka dalam suku perlawanan dan tidak menjaringkan gol bagi tiga minit pertama suku kedua, yang membolehkan Cavs untuk melebarkan 17 mata pendahuluan.

Cleveland terus mendahului 28 mata dan tidak pernah terancam.

LeBron James ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – Reuters
LeBron James ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – Reuters

Pemain pertahanan J.R. Smith dan Kyrie Irving masing–masing mendapatkan jaringan pada suku ketiga dan Suns komited dengan sembilan pertukaran pada suku perlawanan hampir kesemua yang mereka miliki pada separuh masa pertama (10).

Smith menjaringkan 18 mata dan pemain tengah Timofey Mozgov mendapatkan 10 dari bangku. Irving menamatkan dengan lapan mata, tiga asis dan tiga rampasan bola.

Pemain penyerang P.J. Tucker mencatatkan 13 mata dan tujuh rebound bagi Suns. Pemain penyerang Markieff Morris menjaringkan 13 mata.

Kemenangan itu adalah hari yang paling emosi bagi James, yang sebelumnya membalas kritikan yang melabelnya pembunuh jurulatih.

“Saya rasa ia (teruk) orang ramai mahu mencampakkan nama saya dalam kekotoran tanpa sebarang alasan, kerana spekulasi atau apa juga kesnya,” kata James.

“Tetapi anda tidak akan bimbang mengenainya. Saya mendapatkan 14 pemain di sini. Saya mendapatkan peminat dan peminat seluruh dunia yang menyukai apa yang saya lakukan dan mereka menghormati apa yang saya lakukan dan saya tidak bimbang untuk memilih sekumpulan orang ramai yang mahu menggunakan tenaga negatif mereka untuk mendapatkan tenaga positif saya.

“Saya tidak akan membenarkan ia berlaku.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA