Cavaliers perlu lebih cergas

Cavaliers perlu lebih cergas

CLEVELAND, 24 Jan – Jurulatih Cleveland yang baru, Tyronn Lue mempunyai visi bagaimana dia mahukan pasukannya untuk beraksi, masalahnya sekarang ialah Cavaliers pada masa kini tidak punyai potensi bagi visinya.

Dia yang merupakan pembantu kepada David Blatt, yang dipecat pada Jumaat lalu, menandatangani kontrak lanjutan untuk mengambil alih sebagai ketua jurulatih dan memulakan kendaliannya dengan kekalahan 96-83 kepada Bulls semalam.

Cavalier yang mendahului Eastern Conference (30-12) adalah pilihan untuk mewakili conference sekali lagi dalam NBA Finals tahun ini tetapi terdapat kritikan yang meningkat terhadap rentak mereka menentang pasukan–pasukan terbaik di West.

Cleveland tewas kepada San Antonio dan juara bertahan, Golden State bulan ini, dengan Warriors juga meletakkan kekalahan kepada mereka dengan 132-98.

LeBron James, Pemain Paling Berharga NBA empat kali, merupakan muka bagi francais Cavs dan secara meluasnya dilihat sebagai kunci utama dalam sebarang keputusan latihan yang dibuat oleh pasukan, tetapi dia berkata dia hanya “terkejut” seperti rakan sepasukannya apabila Blatt dipecat.

LeBron James ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
LeBron James ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP

Lue berazam untuk bersaing dengan keadaan terbaik di West dan mahukan James dan Kyrie Irving untuk mengetuai.

Pertama ialah kecergasan.

“Kami tidak berada dalam keadaan yang cukup bagus untuk beraksi dengan gaya yang kami mahukan,” Lue memberitahu wartawan selepas kekalahan ke atas Chicago semalam.

“Kami memberikan tekanan terlalu awal. Saya rasa kami merasa letih. (sebahagian pemain kami) keluar lebih awal. Ia meletakkan kami dalam kedudukan sukar. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA