Cavaliers tewas di tangan Bucks

Cavaliers tewas di tangan Bucks

LOS ANGELES, 30 Nov – Giannis Antetokounmpo menerajui persaingan NBA semalam dengan 34 mata ketika pasukan Milawaukee Bucks mengejutkan LeBron James dan Cleveland Cavaliers.

Antetokounmpo, 21, juga mencatatkan 12 rebounds dan menyumbang lima asis ketika pasukan Cavaliers yang memainkan James dan Kyrie Irving gagal untuk mempersembahkan permainan menarik.

Pemain antarabangsa Greece, Antetokounmpo dibantu oleh Jabari Parker (18 mata) dan Michael Beasley (17) ketika pasukan Bucks mencatatkan kemenangan yang memperbaiki kedudukan mereka musim ini menjadi 8-8.

Kekalahan pasukan Cavs menyaksikan juara itu mencatat rekod 13-3 bagi musim ini. James menamatkan dengan 22 mata untuk mendahului jaringan bagi pasukan Cavs, di depan Irving dengan 20 mata di BMO Harris Bradley Center.

Tetapi bintang pada malam itu adalah Antetokounmpo, yang menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam NBA awal tahun ini apabila menandatangani kontrak selama empat tahun bernilai AS$100 juta dengan sekitar AS$25 juta bagi semusim.

LeBron James kelihatan tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkannya. - AP
LeBron James kelihatan tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkannya. – AP

Musim lalu perkadaran mata pemain penyerang itu adalah 16.9 mata, 7.7 rebound, 4.3 asis dan 1.4 hadangan dalam 80 perlawanan. Setakat musim ini, Antetokunmpo mencatatkan perkadaran 22 mata bagi satu perlawanan, menggambarkan Bucks bijak untuk melabur terhadap anak lelaki penghijrah dari Nigeria dengan ketinggian 6 kaki 11 inci yang dilahirkan di Athens pada 1994.

“Kami menggerakkan bola dan kami tidak menghentikan bola,” kata Antetokounmpo. “Langkah kami adalah hebat, kami melantunkan bola dengan baik dan kami menggerakkan bola dalam keadaan menarik.”

James berkata pasukan Cavs dilihat terjejas.

“Kami membiarkan pemain pengawal terjejas sedikit,” kata James. “Mereka meningkatkan tempo dan kami tidak dapat menghentikan. Saya keluar dari perlawanan apabila kami mendahului 10 dan kami membiarkan mereka pergi dengan pantas sehingga akhir suku. Dari kedudukan itu mereka mendapatkan rentak dan mereka adalah pasukan yang memiliki rentak.”

Kemenangan pasukan Bucks itu adalah kejutan terbesar dalam persaingan hari itu ketika beberapa buah pasukan berakhir dengan tewas kepada pasukan yang tidak diduga.

Kemenangan kali kesembilan berturut-turut buat San Antonio dihentikan apabila gergasi dari Western Conference itu tewas 95-83 menentang Orlando Magic. – AFP