Cavaliers, Warriors bertemu lagi

Cavaliers, Warriors bertemu lagi

LOS ANGELES, 1 Jun – Perlawanan NBA Final 2016 adalah perlawanan ulangan diantara Golden State Warriors dan Cleveland Cavaliers. Bagaimana pun, peranan mereka dilihat sebagai sesuatu yang bertentangan.

Setahun lalu, pasukan Cavaliers beraksi tanpa bintang penyerang Kevin Love dan kehilangan bintang pengawal, Kyrie Irving kerana kecederaan dalam perlawanan pembukaan Finals.

Walaupun pemain bintang LeBron James melakukan yang terbaiknya untuk membawa Cleveland, ia tidak mencukupi.

Tetapi apabila perlawanan ulangan bermula esok di Oakland, California, Love dan Irving akan beraksi bersama James. Pasukan Cavs juga telah berehat panjang, sementara itu juara bertahan, Warriors akan keluar dari Western Conference dengan kemenangan ke atas Oklahoma City. Mereka juga mengalami isu kecederaan, termasuk juara dua kali Most Valuable Player, Stephen Curry.

Gambar fail – aksi Stephen Curry bersama LeBron James pada perlawanan awal tahun ini. – AP
Gambar fail – aksi Stephen Curry bersama LeBron James pada perlawanan awal tahun ini. – AP

“Terdapat perasaan yang berbeza,” kata James. “Saya secara peribadi tidak menghargai diri saya pada tahun lepas untuk berada ke Finals. Terlalu banyak yang dalam fikiran saya, yang mengakui bahawa Kev tidak akan beraksi sepanjang musim dan Ky berdepan dengan kecederaan sepanjang musim dari pusingan pertama.

“Ia adalah perasaan yang berbeza. Setelah mendapatkan pemain ini di sini pada kekuatan penuh, mendapatkan pasukan kami dalam kekuatan yang penuh, dan cara saya merasakan secara peribadi, saya menghargai masa ini.”

James beraksi dalam Final keenamnya berturut-turut, empat bersama Miami, di mana dia memenangi kejuaraan itu pada 2012 dan 2013, dan dua terakhir bersama Cleveland. Ini mungkin laluan yang mudah, dengan pasukan Cavs memenangi 10 perlawanan playoff sebelum membawa Toronto ke persaingan akhir Eastern Conference.

“Berada dalam Final untuk kali keenam bukanlah mudah,” kata jurulatih pasukan Cavs, Tyronn Lue. ‘Anda tidak akan memandangnya remeh.”

Kehadiran Irving dan Love mengurangkan bebanan ke atas James. Aksinya 37.9 minit bagi setiap perlawanan adalah paling rendah sepanjang kerjayanya, dan dia tidak mendapatkan 30 mata dalam mana-mana perlawanan playoff sehingga Game 6 pada Jumaat di Toronto. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA