Cavani buru gol ke-100

Cavani buru gol ke-100

PARIS, 29 Nov – Edinson Cavani kini berada pada prestasi terbaiknya dalam Liga Perancis dan sedang memburu gol ke-100 untuk Paris Saint-Germain menjelang pertemuan juara bertahan Ligue 1 itu dengan Angers esok.

Penyerang Uruguay itu meledak kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 PSG ke atas Lyon kelmarin, menjadikannya 99 gol keseluruhan untuk kelab sejak dia berpindah dari Napoli pada tahun 2013 dengan yuran perpindahan tertinggi Perancis pada 65 juta Euro.

Cavani sering dikaitkan dengan peluang yang disia-siakannya berbanding jaringan dilakukan, namun dia tampak lebih tajam selepas ketiadaan Zlatan Ibrahimovic di mana dia kini mengumpul 18 gol daripada 17 perlawanan musim ini.

Dalam senarai penjaring terbanyak kelab, Cavani di tangga keempat, kurang satu gol di bawah Dominique Rocheteau, Pedro Pauleta (109 gol) dan Ibrahimovic (156 gol dalam tempoh empat tahun).

Cavani kini dalam sasaran memburu jaringannya ke-100 buat Paris Saint-Germain. - AFP
Cavani kini dalam sasaran memburu jaringannya ke-100 buat Paris Saint-Germain. – AFP

Dia adalah penjaring gol kami. Kami hanya perlu meniupkan keyakinan kepadanya untuk melakukan tugasnya, tetapi dia sentiasa bekerja keras untuk pasukan,” kata pengendali Unai Emery.

PSG melayan kunjungan Angers di Parc des Princes dengan sasaran melebarkan deretan 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan dan terus memberi tekanan dalam persaingan tiga penjuru untuk tangga teratas liga.

Angel di Maria dijangka akan kembali beraksi selepas tidak beraksi pada dua perlawanan sebelumnya akibat kecederaan, manakala Javier Pastore turut bersedia diturunkan.

Nice mendahului Ligue 1 sejak September tetapi jurang dengan pesaing terdekat kini hanya tinggal satu mata selepas sekadar seri 1-1 dengan Bastia hujung minggu lalu, manakala PSG dan Monaco masing-masing merakam kemenangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA