Cavani lonjak Uruguay

Cavani lonjak Uruguay

MONTEVIDEO, 7 Okt – Edinson Cavani terus menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Uruguay melebarkan rekod kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 bagi zon Ameirka Selatan selepas menundukkan Venezuela 3-0.

Cavani yang berada di prestasi terbaik bersama kelab dan skuad kebangsaan meledak dua jaringan pada separuh masa kedua selepas Nicolas Lodeiro menanduk masuk gol pertama Uruguay pada pertengahan babak pertama.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu kini sudah meledak empat gol dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia buat Uruguay menjadikan jumlah keseluruhan tujuh gol sepanjang kempen itu berlangsung.

Kemenangan ini memberikan Uruguay tiga mata di depan Ecuador di tempat kedua selepas pasukan Gustavo Quinteres itu membenam Chile 3-0 di Quito.

Penyerang berusia 29 tahun itu turut menjaringkan 10 gol dalam semua pertandingan bersama PSG dan kejayaan itu meletakkan Uruguay di kedudukan teratas kumpulan dengan kelebihan tiga mata mengatasi Ecuador di tempat kedua yang menewaskan Chile, semalam.

Cavani (kanan) dan Diego Godin meraikan gol selepas berjaya membuat jaringan ketika menentang Venezuela di Montevideo, Uruguay, kelmarin. – AP
Cavani (kanan) dan Diego Godin meraikan gol selepas berjaya membuat jaringan ketika menentang Venezuela di Montevideo, Uruguay, kelmarin. – AP

Pemain tengah Seattle Sounders Lodeiro menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29 selepas menanduk hantaran silang bintang Barcelona Luis Suarez dari dalam kawasan itu.

Cavani menjadikan kedudukan 2-0 untuk Uruguay selepas babak pertama selepas memanfaatkan hantaran spekulatif dengan rembatan kencang.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi Venezuela pada pertengahan babak kedua apabila Oswaldo Vizcarrondo menerima kad merah selepas mengasari Suarez di pinggir kawasan penalti.

Cavani kemudian mendapat peluang lagi minit ke-79 apabila pantas mendapatkan hantaran pantas dari Suarez untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Kekalahan itu menyebabkan Venezuela masih mencari kemenangan pertama selepas sembilan perlawanan. Venezuela di tempat tercorot 10 pasukan kumpulan dengan hanya dua mata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA