Cavs bangkit tewaskan Sacramento

Cavs bangkit tewaskan Sacramento

LOS ANGELES, 10 Mac (AFP) – LeBron James menjaringkan 25 mata ketika Cleveland Cavaliers bangkit dari kekalahan mengejut mereka kepada Memphis Grizzlies dengan kemenangan 120-111 ke atas Sacramento Kings semalam.

James melakarkan penilaiannya terhadap kesediaan Cavaliers bagi perlawanan playoff selepas kekalahan kepada Memphis pada Isnin lalu, yang memberi amaran bahawa pasukannya adalah jauh dari rentak musim lalu.

Bagaimana pun pasukan Cavs memastikan tidak terdapat kekalahan berulang menentang Sacramento, yang masih berada di kedudukan terbawah Western Conference dengan banyak usaha untuk menjayakannya jika mereka memaksa beraksi dalam playoff.

Kyrie Irving penjaring terbanyak bagi Cavaliers, sementara James juga menamatkan dengan 11 rebounds dan enam asis dengan 25 mata.

Aksi LeBron (23) menentang pasukan Sacramento di Arena Sleep Train. Cavs berjaya menewaskan Sacramento dengan jaringan 120-111. – Reuters
Aksi LeBron (23) menentang pasukan Sacramento di Arena Sleep Train. Cavs berjaya menewaskan Sacramento dengan jaringan 120-111. – Reuters

Kunci kepada saat penting itu tiba apabila Kevin Love melepaskan three pointer pada suku keempat sebelum melakukan faul.

Love menghasilkan empat mata bagi memberikan Cleveland pendahuluan tujuh mata dengan perlawanan berbaki 1:32 di mana mereka tidak pernah meninggalkan ketika mereka terus bertahan untuk menang dan memperbaiki rekod mereka kepada 45-18. Tristan Thompson juga mencatatkan dengan 18 mata dan 15 rebound ketika Cleveland mendahului perlawanan 2 ½ dari Toronto Raptors dalam Eastern Confrence.

Di Oakland, Stephen Curry mencatatkan kutipan rendah tetapi masih mampu menghasilkan sebahagian perubahan permainan bersama rakan sepasukan, Klay Thompson bagi membantu Golden State Warriors yang menewaskan Utah Jazz 115-94-kemenangan ke-46 berturut–turut mereka.

ARTIKEL YANG SAMA