Cavs berjaya ...

Cavs berjaya kekang serangan Wiggins

MINNEAPOLIS, 15 Feb – LeBron James dan Kyrie Irving masing-masing mencatatkan 25 mata ketika Cleveland Cavaliers bertahan sepanjang malam daripada serangan Andrew Wiggins untuk merekodkan kemenangan 116-108 ke atas Minnesota Timberwolves.

Wiggins dari Kanada menamatkan dengan 41 mata bagi Timberwolves, yang menyamakan mata kedua tertinggi dalam NBA musim ini.

James juga mencatatkan 14 asis bagi pasukan Cleveland, yang melengkapkan kemenangan ke-38 mereka musim ini dengan perlawanan berbaki 1:39 apabila bekas pemain Timberwolves, Derrick Williams menamatkan dengan ‘break layup’ yang pantas.

Ia berlaku selepas James melangkah ke belakang untuk menghasilkan ‘three- pointer’.

Wiggins telah mendapatkan bantuan daripada Karl-Anthony Towns, yang menjaringkan 26 mata dan mencatatkan tujuh ‘rebound’. Gorgui Dieng menambah 12 mata, tetapi tiada pemain Timberwolves yang lain mencapai dua digit dalam jaringan.

Bintang Cleveland Cavaliers, Kyrie Irving (kiri) cuba dikawal oleh Kris Dunn dari Minnesota Timberwolves dalam aksi separuh masa pertama NBA. – AP
Bintang Cleveland Cavaliers, Kyrie Irving (kiri) cuba dikawal oleh Kris Dunn dari Minnesota Timberwolves dalam aksi separuh masa pertama NBA. – AP

Wiggins meletakkan Timberwolves kembali dalam persaingan semalam, mencetuskan rali selepas Irving menghasilkan ‘three-pointer’ pada suku ketiga untuk memberikan Cleveland pendahuluan 14 mata.

Wiggins menghasilkan 19 mata pada suku ketiga.

Cleveland terpaksa melakukannya tanpa pemain penyerang Kevin Love, yang menjalani pembedahan di lutut kiri semalam dan direhatkan selama enam minggu. Love mencatatkan perkadaran 20 mata dan 11 ‘rebound’ setiap satu perlawanan.

“Satu perkara yang kami selalu kami perlukan adalah fakta bahawa kami telah beraksi tanpa Kev sebelumnya,” kata James.

“Kami perlu melakukannya dalam playoff. Selama mana anda tidak suka beraksi tanpa sebahagian pemain utama anda, kadang kala jika ia berlaku, jadi anda perlu bersedia untuknya.” – AFP