Cavs jadi man...

Cavs jadi mangsa terbaru Butler

LOS ANGELES, 5 Jan – Jimmy Butler menjaringkan 14 daripada 20 mata pada suku keempat ketika Chicago Bulls menewaskan juara NBA, Cavaliers 106-94 di Cleveland semalam.

Butler, menghasilkan 52 mata dalam kemenangan ke atas Charlotte pada Isnin lalu, bergelut untuk mendapatkan rentak menarik lebih awal, menjaringkan hanya tiga mata pada separuh masa pertama.

Tetapi pasukan Bulls kembali bangkit daripada permulaan perlahan menentang pasukan Cavs yang dilanda kesukaran dan kecederaan.

Bintang pasukan Cavs, LeBron James beraksi dalam keadaan demam bersama rakan sepasukannya Miami, Dwayne Wade.

Channing Fye juga beraksi biarpun dalam keadaan sakit, Kyrie Irving terlepas tiga perlawanan berturut –turut kerana berdepan dengan masalah hamstring, dan Kevin Love tidak dapat beraksi ketika dia terus bergelut dengan kesan keracunan makanan.

Falder (20) dan McRae (12) cuba menghalang pemain Bulls, Jimmy Butler (21) dalam separuh masa kedua di Quicken Loans Arena. – AFP
Falder (20) dan McRae (12) cuba menghalang pemain Bulls, Jimmy Butler (21) dalam separuh masa kedua di Quicken Loans Arena. – AFP

Ia seolah-olah pasukan Bulls mungkin melepaskan peluang hebat menentang pendahulu Eastern Conference apabila mereka ketinggalan 15-2.

Tetapi mereka kembali bersaing untuk mendahului sehingga 17 mata.

Enam pemain Bulls menjaringkan mata dua digit. Ia melibatkan Taj Gibson, yang menghubungkan sembilan daripada 10 lontaran untuk menjaringkan 18 mata, Michael Carter Williams dengan 13 dan Wade dengan 10 mata.

Doug McDermott menghasilkan 17 mata dan Nikola Mirotic menjaringkan 16.

James menamatkan dengan 31 mata, lapan ‘rebound’ dan tujuh asis dalam tempoh 37 minit. Dia memberikan pasukan Cavs kebimbangan mengenai kecederaan apabila terjatuh pada sebelah buku lali pada suku ketiga, tetapi dilihat tidak apa-apa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA