Cawangan B muncul juara bola jaring

Cawangan B muncul juara bola jaring

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Cawangan B berjaya menewaskan Cawangan A, 10-9, dalam perlawanan akhir penuh debaran sekali gus muncul juara Kejohanan Akhir Bola Jaring Antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei 2015 yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan berkenaan ialah Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Senior Supt Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali.

Kejohanan itu menyaksikan sebanyak lima pasukan dari cawangan-cawangan Polis Diraja Brunei iaitu Cawangan A, Cawangan B, Cawangan C, Cawangan D dan Cawangan E beraksi di pusingan awam sebelum dua pasukan terbaik bertanding dalam pusingan akhir untuk menentukan juara kejohanan.

Senior Supt Pengiran Haji Muhammad bergambar-ramai dengan para pemenang kejohanan berkenaan.
Senior Supt Pengiran Haji Muhammad bergambar-ramai dengan para pemenang kejohanan berkenaan.

Dalam perlawanan akhir kejohanan, Cawangan B bertemu dengan Cawangan A di mana kedua-dua pasukan bermain dengan baik namun kemenangan berpihak kepada Cawangan B, 10-9. Dalam kejohanan itu juga, Cawangan E pula menduduki tempat ketiga kejohanan berkenaan.

Dalam kejohanan itu juga, WPC Nurul Idayu binti Buntar dari Cawangan A telah dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan manakala WPC Khairul Nizah binti Mohammad dari Cawangan B dipilih sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan.