Cawangan B2 juara sepak takraw polis

Cawangan B2 juara sepak takraw polis

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Pasukan Cawangan B menguasai perlawanan akhir apabila kedua-dua pasukan daripada bahagian itu berentap pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei 2016 yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, di sini, hari ini.

Kejohanan anjuran Pasukan Sepak Takraw Majlis Sukan Polis Diraja Brunei sesi 2016/17 itu menyaksikan aksi berbalas-balas serangan di antara pasukan Cawangan B2 dan Cawangan B1 sehingga terpaksa ditentukan pada set penentuan.

Pada set pertama, Cawangan B2 tampil gah dalam perlawanan yang seimbang yang akhirnya berpihak kepada Cawangan B2 dengan mata 22-20.

Namun, Cawangan B1 bangkit semula pada babak kedua apabila berjaya membenam Cawangan B2 dengan mata 14-21 dan memaksa bagi set penentuan yang akhirnya berpihak kepada Cawangan B2 yang sekali gus menjuarai kejohanan itu.

Para pemenang bergambar ramai di akhir majlis itu.
Para pemenang bergambar ramai di akhir majlis itu.
Antara aksi para perlawanan akhir di antara Cawangan B1 dan Cawangan B2.
Antara aksi para perlawanan akhir di antara Cawangan B1 dan Cawangan B2.

Tampil di tempat ketiga bersama ialah Cawangan E1 dan Cawangan C1 yang terpaksa akur dengan kekalahan di peringkat separuh akhir ketika menentang kedua-dua finalis daripada Cawangan B.

Cawangan B2 dibarisi oleh Haji Nordin, Farzali bin Mohd Malik, Mohd Saiful bin Abdul Rahman sementara Cawangan B1 satu pula disertai oleh Safridin bin Mohammad, Saifuddin bin Metusin, Maimun bin Haji Mohammad, Jamaluddin bin Haji Marzi dan Abdul Muiz bin Haji Nordin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Timbalan Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Snr Supt Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim.

ARTIKEL YANG SAMA