Cawangan BIBD di Serusop mula beroperasi

Cawangan BIBD di Serusop mula beroperasi

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Untuk memberikan keselesaan dan kemudahan para pelanggannya, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) membuka cawangan ke-16 di Serusop, di Blok A, Kompleks Hassanin, Kampung Delima Satu, Jalan Muara, yang akan mula beroperasi esok (12 Januari 2017).

Cawangan baru BIBD di Serusop itu menyediakan perkhidmatan segmen runcit, korporat dan perdana, menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, hari ini.

Selain itu, cawangan tersebut juga menempatkan kemudahan-kemudahan cawangan BIBD yang termasuk perkhidmatan PKS dan teler, pembiayaan, pengurusan harta, pembukaan akaun, pemindahan dana, secure pouch dan perkhidmatan-perkhidmatan umum lain.

Di cawangan itu, BIBD juga akan menyediakan dua buah mesin ATM, sebuah mesin Deposit Tunai dan Deposit Cek pada penghujung Februari ini.

Cawangan BIBD Serusop itu akan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis, dari pukul 8:45 pagi hingga 4 petang, manakala itu, pada Jumaat bermula 8:45 pagi hingga 11 pagi dan akan kembali beroperasi pada jam 2:30 petang hingga 4 petang dan pada Sabtu pula akan beroperasi bermula pukul 8:45 pagi hingga 11:15 pagi.

Cawangan tersebut akan tutup pada setiap hari Ahad dan pada waktu cuti awam.

ARTIKEL YANG SAMA