Cawangan DST Rimba dilancar

Cawangan DST Rimba dilancar

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – DST secara rasminya telah melancarkan semula cawangannya di Giant Hypermarket, Tasek Rimba, hari ini, yang turut diselajurkan dengan majlis kesyukuran sempena pemindahan ke lokasi baru di luar pasar raya berkenaan.

Hadir bagi menyempurnakan pelancaran semula cawangan berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Lattif bin POKSS DP Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain, pihak pengurusan dan kakitangan DST.

Menurut kenyataan DST, cawangan berkenaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu DST termasuk transaksi pembayaran bil DST dan Kristal Astro serta perkhidmatan-perkhidamatan lain DST dan Kristal Astro.

Awang Abdul Lattif menandatangani plat plak perasmian semula cawangan berkenaan yang kini terletak di luar bangunan utama Pasar Raya Giant, Tasek Rimba.
Awang Abdul Lattif menandatangani plat plak perasmian semula cawangan berkenaan yang kini terletak di luar bangunan utama Pasar Raya Giant, Tasek Rimba.
Awang Abdul Lattif memotong reben bagi merasmikan pembukaan semula DST cawangan Rimba di Pasar Raya Giant, semalam.
Awang Abdul Lattif memotong reben bagi merasmikan pembukaan semula DST cawangan Rimba di Pasar Raya Giant, semalam.
Awang Abdul Lattif turut berkesempatan untuk mencuba Sistem Pemilihan Nombor Prabayar Easi 4G baru yang turut disediakan di cawangan berkenaan.
Awang Abdul Lattif turut berkesempatan untuk mencuba Sistem Pemilihan Nombor Prabayar Easi 4G baru yang turut disediakan di cawangan berkenaan.

Ia dibuka setiap Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 11 malam manakala itu, Jumaat ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 2:30 petang hingga 10 malam.

Menurut kenyataan itu lagi, pembukaan semula dan penempatan semula cawangan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri pengubahsuaian yang sedang dilaksanakan kepada perkhidmatan pelanggannya untuk menyelaraskan, mengintegrasikan dan menyatukan tawaran perkhidmatan DST dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA