Cawangan E muncul juara takraw

Cawangan E muncul juara takraw

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Cawangan E membenam harapan Cawangan B untuk muncul juara Pertandingan Sepak Takraw antara Cawangan-cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei bagi tahun 2015 meskipun ketinggalan pada set pertama perlawanan akhir pertandingan itu di Stadium Hassanal Bolkiah Ibu Pejabat Polis Gadong hari ini.

Pada set pertama, Cawangan B tampil bergaya untuk menumpaskan pasukan Cawangan E yang kurang berkeyakinan dengan mata 21-1 dan 21-17, namun keadaan berubah pada set kedua apabila Cawangan E mula bangkit mempamerkan kawalan yang baik untuk menjadikan kedudukan 1-1 dengan mata 21-13 dan 21-12.

Cawangan E terus mengorak langkah untuk membenam harapan regu cawangan B yang terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Cawangan E dengan mata 21 – 16 dan 21 – 16 dan sekali gus menjuarai pertandingan itu.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada barisan pemenang ialah Pemangku Pengarah Jabatan Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei, S/Supt Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali.

Sesi bergambar ramai pasukan yang bertanding bersama tetamu kehormat S/Supt Pengiran Haji Muhammad.
Sesi bergambar ramai pasukan yang bertanding bersama tetamu kehormat S/Supt Pengiran Haji Muhammad.

ARTIKEL YANG SAMA