Cawangan Operasi ‘E’ raikan lebaran

Cawangan Operasi ‘E’ raikan lebaran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 31 Julai – Cawangan Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong semalam telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 12 orang anak yatim serta penyampaian cenderahati kepada lima orang pegawai dan anggota bomba cawangan berkenaan yang telah bersara.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong, Penguasa Kanan Bomba Awang Tahir bin Haji Muktal.

Bagi memeriahkan majlis tersebut, beberapa persembahan nyanyian oleh pegawai-pegawai dan anggota bomba serta kakitangan Cawangan Operasi ‘E’, Daerah Tutong turut diadakan.

Antara persembahan nyanyian daripada anggota bomba Cawangan Operasi ‘E’.
Antara persembahan nyanyian daripada anggota bomba Cawangan Operasi ‘E’.
Awang Tahir menyampaikan cenderahati kepada anggota bomba yang telah bersara.
Awang Tahir menyampaikan cenderahati kepada anggota bomba yang telah bersara.

Majlis yang diadakan di Balai Bomba Bukit Beruang, Tutong ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Cawangan Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong yang bertujuan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai dan anggota bomba dan kakitangan cawangan Operasi ‘E’ Daerah Tutong di samping dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan silaturahim.

Selain itu, majlis juga diadakan bagi mengingati jasa anggota bomba yang telah bersara daripada perkhidmatan Cawangan Operasi ‘E’ dan seterusnya membantu meringankan beban anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA