Cawangan TBA sedia berkhidmat

Cawangan TBA sedia berkhidmat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Takaful Brunei Am (TBA) mahu orang ramai menyedari kewujudan tiga lokasi strategik cawangan mereka di Daerah Brunei Muara iaitu Pejabat TBA Beribi, Cawangan TBA Sumbangsih dan Cawangan TBA Delima.

TBA Beribi adalah ibu pejabat yang boleh dilihat apabila orang ramai melalui sepanjang Jalan Gadong di Simpang 493, Kampung Beribi bersebelahan dengan pejabat Progressive Cellular Sdn Bhd dan Starbucks Beribi. Di pejabat utama, mereka mengendalikan lebih kepada pengeluaran sijil takaful. Di sinilah di mana pasukan Jabatan Tuntutan dan Korporat bersedia untuk membantu orang ramai berhubung tuntutan dan pengaturan liputan perlindungan takaful.

Cawangan TBA Sumbangsih terletak di bangunan Sumbangsih Bahagia di Kawasan Perindustrian Beribi I/II hanya bersebelahan dengan pejabat Baiduri Finance Berhad. Cawangan TBA Delima pula terletak di Unit 1, Bangunan Desa Delima di Simpang 44 Kampung Pancha Delima, di depan Masjid Mohammed Bolkiah, Kampung Serusop.

Waktu perniagaan bagi Pejabat TBA Beribi dan Cawangan Sumbangsih adalah pada Isnin sehingga Jumaat, bermula pukul 8:15 pagi sehingga 4:00 petang manakala Cawangan Delima bermula dari pukul 8.15 pagi sehingga 8:30 malam.

Bagi Sabtu pula, Pejabat TBA Beribi, Cawangan Sumbangsih dan Cawangan Delima juga turut dibuka. Bagaimanapun, Pejabat TBA Beribi dan Cawangan Sumbangsih bermula pada pukul 8:15 pagi sehingga 11:30 pagi tetapi operasi kaunter Cawangan TBA Delima dilanjutkan sehingga pukul 8:30 malam.

TBA Beribi adalah ibu pejabat yang boleh dilihat apabila orang ramai melalui sepanjang Jalan Gadong di Simpang 493, Kampung Beribi.
TBA Beribi adalah ibu pejabat yang boleh dilihat apabila orang ramai melalui sepanjang Jalan Gadong di Simpang 493, Kampung Beribi.
Cawangan TBA Delima terletak di Unit 1, Bangunan Desa Delima di Simpang 44 Kampung Pancha Delima.
Cawangan TBA Delima terletak di Unit 1, Bangunan Desa Delima di Simpang 44 Kampung Pancha Delima.
Cawangan TBA Sumbangsih terletak di bangunan Sumbangsih Bahagia di Kawasan Perindustrian Beribi I/II.
Cawangan TBA Sumbangsih terletak di bangunan Sumbangsih Bahagia di Kawasan Perindustrian Beribi I/II.

Dalam usaha untuk merevolusikan perkhidmatannya, para pelanggan TBA hanya perlu menelefon Pusat Panggilan TBA melalui talian 2244000 yang menyediakan bantuan mengenai laporan kemalangan kenderaan, bantuan penundaan dan pertanyaan mengenai produk am Takaful.

Platform ini adalah bagi membolehkan para pelanggan mendapatkan pelan Perlindungan Takaful Kediaman atau maklumat lanjut polisi Takaful Kebakaran serta mengenai berapa kos diperlukan untuk pembaharuan sumbangan. Urusan pembaharuan polisi boleh dibuat secara segera.

Para pelanggan diberikan pilihan untuk membuat pembayaran dengan mengemukakan maklumat Kad Kredit atau membayar secara tunai di kaunter. Pusat penerimaan bayaran adalah di Ibu Pejabat TBA di Beribi atau para pelanggan diberi pilihan bagi polisi mereka dihantar ke alamat kediaman mereka.

TBA menerima semua kad kredit utama. Bagi mereka yang membuat perjalanan boleh mendapatkan Sijil Musafir Takaful secara segera tanpa perlu bimbang untuk melakukan perjalanan di saat-saat akhir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TBA, bolehlah melayari laman sesawang www.takafulbrunei.com.bn dan melalui laman sosial Facebook TakafulBrunei dan Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA