Cazorla selamatkan Arsenal

Cazorla selamatkan Arsenal

LONDON, 11 Sept – Jaringan lewat pada minit-minit terakhir melalui sepakan penalti Santi Cazorla memberikan Arsenal kemenangan 2-1 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di laman sendiri, yang berakhir sebentar tadi.

Skuad kendalian Arsene Wenger, yang diperkuatkan dengan dua pemain baru, ketinggalan seawal minit ke-17 apabila sepakan percuma Dusan Tadic terkena palang dan melantun ke gawang selepas terkena badan penjaga gol Petr Cech.

Laurent Koscielny bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-28 sebelum Olivier Giroud dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

Cazorla tenang menyempurnakan sepakan, seterusnya menghadiahkan mata penuh buat Arsenal.

Santi Cazorla ketika menjaringkan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. – AP
Santi Cazorla ketika menjaringkan sepakan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan. – AP

Perlawanan lain menyaksikan Stoke City dibelasah Tottenham Hotspur 4-0, manakala West Ham tewas 2-4 di laman sendiri berdepan Watford.

Middlesbrough pula kecundang 1-2 di tangan Crystal Palace, manakala Bournemouth menang tipis 1-0 berdepan West Brom, sementara Burnley FC seri 1-1 bertemu Hull City. – AFP