Cazorla terpaksa rehat empat bulan

Cazorla terpaksa rehat empat bulan

LONDON, 7 Dis – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan perancang utama, Santi Cazorla sudah menjalani pembedahan lutut dan akan diketepikan selama empat bulan.

Pemain berusia 30 tahun Sepanyol itu mengutip kecederaan di babak kedua ketika Arsenal terikat 1-1 di Norwich, namun tetap meneruskan aksi sehingga tamat perlawanan.

Pada mulanya, ia kurang jelas sama ada bekas bintang Malaga itu harus menjalani pembedahan atau tidak.

Tetapi selepas kemenangan 3-1 ke atas Sunderland Sabtu lalu, Wenger mengesahkan bahawa Cazorla akan terlepas aksi hingga Mac depan selepas menjalani pembedahan ligamen lutut pada Jumaat lalu.

Santi Cazorla terpaksa direhatkan berikutan kecederaan yang dialaminya ketika menentang pasukan Norwich. - Reuters
Santi Cazorla terpaksa direhatkan berikutan kecederaan yang dialaminya ketika menentang pasukan Norwich. – Reuters

“Kami sudah tahu sekarang. Ia sudah terjadi. Ia (rehat) bukannya semusim. Sekurang-kurangnya tiga bulan, kemungkinan empat,” kata warga negara Perancis itu.

“Santi mahukan peluang untuk kembali secepat mungkin, jadi dia tidak menunggu lama untuk mendengar 25 pendapat untuk terus melakukan pembedahan.

“Doktor berkata. ‘lihat ia adalah kes yang jelas, ia adalah ligamen dalaman lutut yang terpecah. Dan dia bercakap ‘OK, boleh kita terus lakukan.”

Kehilangan Cazorla akan membuka peluang kepada Aaron Ramsey yang menyuarakan hasrat untuk beraksi di bahagian perancang tengah. – AFP