CBTL bantu KACA

CBTL bantu KACA

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Seramai 15 pelajar bersama ibu bapa dan guru daripada Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) diberikan peluang untuk bersungkai di Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), Kompleks Membeli-belah Times Square di bawah anjuran CBTL, PAR Food & Beverage Sdn Bhd.

Selain menikmati juadah bersungkai, Syarikat CBTL turut menyumbangkan $2,000 kepada KACA sebagai komitmen tanggungjawab sosial mereka dibawah program ‘Caring Cup Brunei Darussalam.’

“Sumbangan itu adalah hasil daripada program amal ‘Caring Cup Brunei Darussalam’ dan kami berbangga dengan adanya pekerja tempatan di CBTL’,” kata Pengurus Latihan CBTL, Mohamad Fairuz bin Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan PAR Group of Companies, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Munim bin Pengiran Anak Tahiruddin kepada Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Awang Othman.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im (tengah) menyampaikan replika cek $2,000 kepada Haji Awang Abdul Alim.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im (tengah) menyampaikan replika cek $2,000 kepada Haji Awang Abdul Alim.

ARTIKEL YANG SAMA