CBTL bantu Pusat Ehsan

CBTL bantu Pusat Ehsan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin di negara ini dan hari ini, sumbangan berjumlah $3,000 telah diterima daripada Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Brunei.

Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah berlangsung di CBTL, Beribi petang tadi, dan disampaikan oleh Pengarah Urusan PAR Food & Beverages Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin.

Sumbangan diterima oleh Pemegang Amanah Perancangan dan Dasar pusat berkenaan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman yang berkesempatan melahirkan perasaan gembira dan terima kasih terhadap sumbangan yang telah diberikan itu.

Pengurus Latihan CBTL, Awang Mohamad Fairuz bin Ibrahim semasa ditemui pihak media menjelaskan, sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program ‘Caring Cup’ dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im semasa menyampaikan replika cek kepada Haji Ahmad.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im semasa menyampaikan replika cek kepada Haji Ahmad.
Promosi terbaru CBTL Brunei.
Promosi terbaru CBTL Brunei.

CBTL Brunei di bawah program tersebut turut memberikan sumbangan kepada Pusat KACA dan juga SMARTER Brunei.

Beliau menjelaskan lagi, selain daripada memberikan sumbangan, syarikat berkenaan juga turut menyokong pelajar-pelajar Pusat Ehsan dalam latihan vokasional.

Manakala itu, YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im semasa ditemui melahirkan harapan agar akan terdapat lagi pertubuhan-pertubuhan seperti NGO ini untuk bersatu dalam sebuah komuniti pada masa akan datang.

Pada majlis itu juga, CBTL Brunei telah melancarkan promosi minuman ‘The Dark Side & The Light Side’ yang menampilkan minuman Double Chocolate Pepermint Ice Blended dan White Chocolate Pepermint Ice Blended.

Promosi ini bolehlah didapati di mana-mana cawangan Coffee Bean Brunei sehingga pertengahan bulan Januari tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA