CBTL berikan diskaun istimewa hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Dalam menyambut dan menghargai 40,000 pengikutnya dalam Instagram, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) akan memberikan diskaun 20 peratus buat para pelanggannya esok.

Menurut kenyataan di sini, untuk mendapatkan potongan harga pada makanan dan minuman tidak termasuk barangan promosi, para pelanggan hanya perlu memberikan senyuman, berikan isyarat bagus dan bertanyakan “Bolehkah saya dapatkan diskaun 20 peratus? (Can I get 20% discount?)”.

Pengurus Pemasaran CBTL, Ida Putera dipetik sebagai berkata, “Kami amat bersyukur dengan segala sokongan yang orang awam telah tunjukkan kepada kami. Untuk menunjukkan tanda terima kasih dan hubungan istimewa dengan para pelanggan kami, pasukan kami telah mendapatkan idea bagi promosi ini yang digelar, ‘Tanya dan anda akan menerima’.”

Ketika ini CBTL Brunei memiliki jumlah ketiga terbanyak pengikut Instagram dalam kalangan semua negara yang terdapat kedai CBTL.

Promosi selama sehari ini boleh didapatkan di semua cawangan CBTL di seluruh negara, termasuk cawangan di Kota Kinabalu dan Miri, Sarawak.